Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, September 12, 2009

SAMY VELLU : TIKAM BARISAN DARI DALAM ....

Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti. - Malaysiakini

KOMEN :

1. AKU DAH AGAK DARI AWAL LAGI SAMY NI MEMANG TIKAM BARISAN DARI DALAM. ADANYA SAMY DALAM MIC AKAN TERUS MELEMAHKAN MIC DAN SETERUSNYA MELEMAHKAN BARISAN.
2. PAK SAMY SEKURANG-KURANGNYA TUN MAHATHIR ADA BOLA NAK BERHENTI TAK MACAM LU YANG TAK BERANI NAK BERHENTI ... NAK JADI RAJA YANG TAK DIIKTIRAF KOT ...
3. SEMALAM AKU TENGOK KAT ASTRO AWANI .. PROFESIONAL INDIA MAJORITI TAK SOKONG CARA SAMY ... CARA YANG DAH MENGHASILKAN KEGAGALAN ...


ATAU SEMEMANGNYYA SAMY NAK TENGOK MIC TERUS GAGAL ...KOT

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP