Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, September 27, 2009

PAS SELANGOR : DR Dzulkefly anti Hassan Ali

PETIKAN DARIPADA BLOG BILA SAUH DIBONGKAR MENUNJUKKAN BAHAWA SEMEMANGNYA ADA PENGACAU DALAM PAS. KEBANYAKKAN PENGACAU INI PERNAH DIKAITKAN SEBAGAI AGEN ANWAR DALAM PAS. MUNGKIN ANWAR SUKA LIHAT PAS TERUS BERGOLAK UNTUK MELIHAT KELEMAHAN TGHH SEBAGAI PRESIDENT DAN MENONJOLKAN ANWAR SEBAGAI HERO MENYELAMAT DALAM SEMUA ISU :

“Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa PAS Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih lagi selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras. Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat” - AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Mstar Online, 27 Sept 09, (Baca sini)

Pohon penjengok blog ini baca kenyataan di atas, ada terperasan sesuatu?
Dzulkefli cuba mempengaruhi umum supaya berpersepsi bahawa Hasan Ali telah melakukan kesilapan besar dan PAS Pusat telah menganggap Hasan Ali bersalah. Baca dua kenyataan ini:

Pertama - beliau telah berhubung dengan kebanyakan AJK PAS Pusat dan mereka tidak bersetuju dengan Hasan Ali.
Kedua - Hasan Ali pernah diberi amaran oleh PAS Pusat mengenai sikapnya terutama dalam isu minuman keras.

Dzulkefly bercakap seolah-olah dia adalah jurucakap PAS Pusat. Saya rasa, walau pun Dzulkefly adalah AJK PAS Pusat, dia tidak sepatutnya bercakap seolah-olah mewakili PAS Pusat. Adakah dia diberi mandat untuk itu?

Dia boleh bercakap secara umum sahaja, seperti cara Mahfuz Omar bercakap dalam isu yang sama. Walau pun dia Naib Presiden, tetapi dia bercakap atas kapasiti jawatannya, bukan bagi pihak PAS Pusat.
Mungkin benar, Dzulkefly ada berhubung dengan AJK PAS Pusat yang lain dan mereka tidak menyetujui Hasan, tetapi apa hak Dzulkefly untuk memaklumkannya kepada umum melalui media? Seolah-olah dia mewakili atau menjadi jurucakap kepada mereka semua.

Mungkin benar juga, PAS Pusat ada memberi amaran kepada Hasan Ali dalam isu arak, tetapi apa pula hak Dzulkefly untuk menghebahkannya kepada media?

Adakah PAS Pusat memberi mandat kepadanya untuk menghebahkan perkara ini kepada umum? Apa perlunya dihebahkan bahawa Hasan pernah diberi amaran dan apa pula motifnya? Memburukkan Hasan?
Dzulkifli juga turut menghukum Hasan dengan katanya Hasan membelakangi semangat kesetiakawanan dalam Pakatan. Adakah ini pandangan peribadinya atau dia bercakap mewakili PAS Pusat juga?
Kalau sekiranya kenyataan Dzulkefly seperti yang dilaporkan Mstar Online ini benar, bagi saya Dzulkefly telah bertindak melepasi sempadan wajar. Beliau bersikap ‘lebih lajak dari laju’.
Beliau sepatutnya bercakap bagi pihak dirinya sahaja, bukan bagi pihak PAS Pusat, kecuali dia diberi mandat untuk itu.

Adakah Dzulkefly terlupa kepada hadis, 'Apabila dua orang lelaki berbicara, kemudian mereka beredar, perbicaraan mereka adalah amanah'.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP