Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, September 4, 2009

PAKATAN SELANGOR : Takut dengan bayang-bayang DS NAJIB part 2

Sumber : Merdeka Review

Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu.  Agak mustahil untuk Barisan Nasional merampas lapan kerusi, sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PR buat setakat ini.
Namun, seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan lebih masa.  Singkatnya, kemungkinan untuk BN menggulingkan kerajaan PR Selangor pada September tahun ini, hampir mencecah sifar.
Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS. Tetapi, Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim ketika ditanya, hanya meramalkan maksimanya empat orang yang berkemungkinan lompat parti, tanpa menamakan siapa mereka.
 Exco paling kontroversial, Hasan Mohd Ali (gambar kiri), juga Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, tersenarai dalam golongan "berisiko tinggi".  Namun, ketika ditanya kemungkinan Hasan Ali untuk melompat parti, Exco Senior, Teresa Kok menafikannya secara terus-terang, "Lain cerita kalau beliau dapat membawa lapan orang melompat bersama-sama.  Kalau tidak, untuk apa beliau lompat?  Lompat untuk jadi pembangkang?"
ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari (gambar kanan) dan ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafei, adalah antara yang tersenarai dalam "golongan berisiko".  Amirudin Shaari tidak terkejut dengan khabar angin bahawa dirinya bakal melompat parti, menyedari dirinya dilihat sedemikian kerana pernah rapat dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd.Ezam Mohd.Nor.
Badrul Hisham Abdullah yang "gagal dihubungi" disenaraikan sebagai "golongan berisiko tinggi".  Kerajaan PR Selangor dan PKR telah menuntut beliau untuk memberi perjelasan dalam minggu ini. Teresa Kok berkata, kemungkinan UMNO menjatuhkan kerajaan PR melalui lompat parti tidak tinggi.  Justeru itu, UMNO kini cenderung untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
KOMEN : KALAU ALLAH NAK JADIKAN KENYATAAN TAK SUSAH SANGAT ... TAK PERLU DIBAYAR ...ALLAH TUKAR JE NIAT PERJUANGAN DI HATI BEBERAPA PEMIMPIN PAKATAN MAKA JADI LAH..... TAPI KENAPA PAKATAN SELANGOR PERLU RISAU JIKA SUDAH BERKHIDMAT DENGAN BAIK....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP