Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, September 10, 2009

Mustafa : PAS sedia runding dengan Umno

PAS tidak akan mengadakan sebarang rundingan termasuk kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan pada masa depan tetapi sedia berunding sekiranya ia berkaitan isu kepentingan rakyat, kata setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali.

"Dalam konteks politik dan membentuk kerajaan, PAS sudah ada polisi untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan sudah menguasai beberapa buah negeri, (maka) kerjasama politik dengan Umno tidak perlu diadakan apa-apa perbincangan lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di ibunegara hari ini.

Mustafa berkata, PAS sedia mengadakan rundingan dengan Umno sekiranya ia berkaitan dengan isu kepentingan rakyat dan melibatkan kerajaan negeri dan pusat seperti perbincangan Majlis Tanah Negara berkenaan pembangunan sesebuah negeri di bawah pemerintahan PAS.

"Rundingan itu boleh diadakan juga jika ada kepentingan masyarakat umum dan negara, PAS boleh dengan sesiapa untuk bincang soal negara ini seperti isu Palestin, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tapi dari sudut kerjasama PAS dan Umno dalam politik, tidak," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas bahawa Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini tetapi tidak rela jika Umno dihina oleh sesiapa sekalipun.

Mengenai pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Mustafa berkata jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini bagi membincangkan persiapan parti itu mengenai calonnya.

"Calon adalah dari Negeri Sembilan bukan dari luar negeri itu, kita ada ramai calon," katanya.

Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan hari pengundian pada hujung minggu bagi menggalakkan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Nor daripada BN Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.

KOMEN : CONFIRM MAMAT NI MESTI KENA HENTAM DARI DALAM PUNYA LEPAS NI ... BLOGGER PAKATAN PUN PASTI BANTAI HABIS MAMAT NI ... TAK PERCAYA TENGOK LAH. PELAMPAU PAS LEBIH SUKA TIDO SEBANTAL DENGAN DAP... TAK GITU.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP