Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, September 5, 2009

KUIL SHAH ALAM : Hindu Sangam membatalkan usaha-usaha perdamaian

Sebagaimana dijangka sebelum ini, Hindu Sanggam berubah fikiran dan kini enggan berdamai. Maklumat ini diberitahu oleh beberapa penduduk Seksyen 23.

Sepatutnya pagi ini ada majlis damai pada pukul 10:30 pagi tetapi dibatalkan kerana mereka dijemput berjumpa dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, exco-exco dan wakil-wakil rakyat yang terlibat.

Sehari sebelum pada hari Khamis 2:30 tengahhari, satu sidang akhbar "perdamaian" bersama juga telah dibatalkan oleh pihak Hindu Sangam.

Semasa mesyuarat dengan Hishamuddin, mereka menyatakan memahami rungutan penduduk dan sedia menerima dengan niat baik penjelasan yang dibuat oleh wakil penduduk.

Kini bukan saja Hindu Sangam membatalkan usaha-usaha perdamaian tetapi ada pihak yang selari dengan mereka, bercadang mengadakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur. Mengapa masaalah Shah Alam perlu adakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur?

Berkenaan rancangan ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan telah memberi amaran keras terhadap sebarang usaha sedemikian.

Disamping itu, Peguam Negara meminta dijalankan penyiasatan lanjut mengenai perkara ini. Ini agak pelik kerana Ketua Polis Selangor, Dato Khalid Abu Bakar telah mengumumkan penyiasatan telah selesai pada Rabu lepas dan lebih 100 kenyataan saksi telah diambil.

Khalid Samad defensif

Selepas pendedahan dibuat mengenai kes ini yang memintas putarbelit yang cuba dilakukan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, beliau telah menghantar surat kepada penduduk Seksyen 23. Boleh diperolehi di blog beliau sini.

Surat ini amat berlainan sekali intonasi dari cara keras dan berkonfrantasi beliau terhadap penduduk Seksyen 23. Isi kandungnya lebih pada memujuk supaya bertoleransi.

Ini ikutan kecaman Khir Toyo yang membidas kerajaan Selangor sebagai "incompetent" kerana tidak boleh menyelesaikan masaalah sedemikian dan hanya pandai menyalahkan orang lain.


Baca lanjutan kisah ini di Another Brick in the Wall

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP