Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, September 9, 2009

INDONESIA : JOOM kempen Boikot INDONESIA part 3

Malaysia mahu penjelasan daripada kerajaan Indonesia berhubung keengganan kedutaannya di Kuala Lumpur untuk memperbaharui pasport pembantu rumah yang bekerja di sini dan meletakkan pelbagai syarat untuk memperbaharui pasport.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, Kabinet dalam mesyuaratnya pagi ini mengarahkan Kementerian Luar dan Atase Kementerian Sumber Manusia di Jakarta untuk mendapatkan penjelasan sewajarnya berhubung tindakan kedutaan itu daripada kerajaan Indonesia.

“Kami menerima aduan daripada pembantu rumah, majikan selain ejen bahawa Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur enggan memperbaharui pasport pembantu rumah warga Indonesia.

“Mereka bertanya jumlah gaji yang dibayar (kepada pembantu rumah) dan jika kurang daripada RM600, pasport mereka tidak akan diperbaharui. Sungguhpun diperbaharui, pelbagai syarat akan dikenakan. Perkara ini telah berlaku sejak sebulan lepas,” katanya kepada pemberita

Sumber - Utusan.


KOMEN : DARI SATU HAL KE SATU HAL INDONESIA NI. BAGI AKULAH KALAU DIAORANG NAK GAJI RM800 BIAR JE LAH DIAORANG BALIK PASTI MAJIKAN INDONESIA BOLEH BAGI LEBIH BUKAN SETAKAT RM800 TAPI JUTAAN RUPIAH. AKU CADANGKAN BAGI YANG TENGAH BEKERJA TU BIARKAN SEHINGGA KONTRAK MEREKA HABIS KEMUDIAN TAK PERLULAH PERBAHARUI DAN YANG BARU TAK PERLU AMBIL LAGI. SELAMA INI KITA BAGI SUSU APA MEREKA BALAS ....TUBA. KEBAIKAN MALAYSIA SATU PUN MEREKA TAK NAMPAK TAPI YANG JAHAT JE MEREKA NAMPAK. BERJUTA-JUTA RINGGIT MENGALIR KE INDONESIA MEREKA TAK NAMPAK .... JOOMMM BOIKOT INDONESIA... APA KATA KAWAN-KAWAN.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP