Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, September 26, 2009

DR ZAMBRY : Nizar jadi Pak Tururt ikut arahan Ngeh

PETIKAN DARI BLOG DR ZAMBRY MENTERI BESAR PERAK YANG TERUS-TERUSAN DIBULI OLEH PAKATAN YANG TIDAK MAHU MENERIMA PROSES DEMOKRASI DAN PERUNDANGAN KERANA IANYA TIDAK MEMIHAK KEPADA MEREKA. KALAU BARISAN BOLEH MENERIMA APABILA SEORANG ADUNNYA MELOMPAT KE PAKATAN DAN DISAMBUT DENGAN MERIAH OLEH PAKATAN TETAPI TIDAK SEBALIKNYA APABILA ADUN PAKATAN MELOMPAT MENJADI BEBAS. GITULAH MANUSIA YANG GILA KUASA DAN MERASA MEREKA DISOKONG OLEH 100% RAKYAT PERAK. BIARKANLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA ... BIARKAN ... BIARKAN.  DR ZAMBRY MAAFLAH WALAUPUN TAK DIBENARKAN TAPI AKU COPY JUGA LUAHANNYA :

Dalam Sinar Harian edaran Perak 24hb Sept 2009, Ngeh Khoo Ham Pengerusi DAP Perak menyuarakan bahawa PR akan memboikot Sidang Dewan yang dijangkakan akan dipanggil oleh Speaker Dewan Dato R. Ganesan sebelum tempoh enam bulan tamat.

Menurutnya perlantikan Ganesan adalah tidak sah dan tidak mengikut peraturan Dewan. Dan macam-macam lagi alasan yang diberikannya bagi memperlihatkan kehodohan Speaker Ganesan, manakala di pihaknya semua dianggap suci.

Ada pemberita yang bertanya kepada saya -- apa komen terhadap kenyataan beliau itu? Saya jawab dengan mudah "anda semua percaya?".

Semua orang tidak mungkin melupai apa yang dilakukan oleh mereka apabila Sidang haram di bawah pokok diadakan. Mereka dengan bongkak dan angkuh menidakkan kuasa perisytiharan Sultan untuk memanggil Sidang Dewan yang haram sambil melaung-laungkan bahawa sidang mereka itu sah.

Tetapi apabila Sidang Dewan yang diisytiharkan oleh Tuanku selepas permohonan mengadap oleh saya sebagai Menteri Besar dibuat, mereka tetap masuk juga.

Malah mereka masuk dalam Sidang Dewan yang bersejarah itu dengan tindakan ganas dan biadap, seolah-olah negeri Perak tiada undang-undang dan institusi Raja tidak dipedulikan sama-sekali.

Malah yang mendukacitakan lagi ialah satu lagi episod tindakan di bulan ramadan baru-baru ini dengan memanggil satu lagi sidang dewan haram oleh seseorang yang menggelarkan dirinya speaker dengan tidak menghormati sekali lagi institusi Raja dan kerajaan yang ada.

Malah mereka membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar kedudukan Ganesan sebagai Speaker. Keputusan nyata menolak kes mereka. Tetapi masih mereka tidak puas hati.

Sekarang mereka buat lagi cerita baru bagi menunjukkan kesucian mereka. Saya tidak akan terkejut sekiranya Ngeh atau konco-konconya akan memberi kenyataan baru menyatakan mereka tetap akan menghadiri Sidang Dewan yang akan diadakan nanti.

Ingatlah apa yang diluahkan oleh Nizar sebelum ini bahawa Sidang Dewan yang akan datang akan menjadi lebih teruk daripada Sidang Dewan 7hb Mei lalu. Amarannya tidak akan dilupai begitu sahaja.

Tetapi saya amat hairan dengan sikap Nizar pada hari ini yang bersetuju pula dengan arahan Ngeh untuk tidak menghadiri Sidang Dewan. Setelah diteliti lebih mendalam dengan segala perbuatan dan sikap Nizar selama ini khususnya dalam proses membuat keputusan dan hubungan mesra Ngeh-Nizar maka wajarlah kenyataan Nizar itu setelah mendengar apa yang diarahkan oleh Ngeh.

Sikap mereka sama sahaja iaitu tidak akan membiarkan perjalanan yang lancar untuk BN memerintah. Tetapi semakin kuat mereka bertindak mencemar negeri Perak, semakin kuat pula saya menyaksikan kesungguhan rakyat untuk menolak sebarang bentuk keganasan dan paranoid politik mereka.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP