Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, May 17, 2013

Biodata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin

Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin 59, lahir pada tahun 1954 dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013. Perlantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinaikkan pangkat kepada Ketua Polis Negara pada tarikh yang sama.

Kelulusan
Bakri yang berasal dari Penampang, Sabah, memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai inspektor percubaan.

Khidmat dalam PDRM 
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Bakri juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah pada 2003 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.
Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan menjadi pengarahnya setahun kemudian. Pada 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Anugerah 
Pada 2 Februari 2008,Yang di-Pertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada beliau di Istana Negara.Beliau merupakan antara 274 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan ke-35

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Unknown June 17, 2015 at 10:19 AM  

Everyone should have a dream of a wall.

Unknown June 17, 2015 at 10:21 AM  

Everyone should have a dream of a wall.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP