PRU13 : Senarai Calon MIC
MIC akan bertanding bagi sembilan kerusi Parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri ( DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.
Seramai 14 calon daripada 27 atau lebih 50 peratus adalah muka baru menjadi pertaruhan parti terbesar masyarakat India ini yang dipercayai dapat memberi nafas baru kepada kemenangan MIC kali ini.
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel melahirkan keyakinan MIC bakal mencapai kemenangan besar berbanding tsunami PRU Ke-12 berikutan pemilihan calon-calon kali ini telah dilakukan dengan berhati-hati.
"Kita yakin akan menang kesembilan kerusi Parlimen sementara 17 kerusi DUN yang ditandingi tanpa sebarang was-was. Kami telah bekerja keras selama lima tahun untuk sampai ke tahap ini," katanya pada sidang akhbar pengumuman calon-calon MIC di Menara MIC di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum yang lalu, MIC hanya menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti itu hanya mengekalkan kerusi Parlimen di Tapah, Cameron Highlands dan Segamat dan menawan semula Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kemudian.
Tsunami politik pada 2008 menyaksikan MIC hanya menang kerusi DUN di Asahan (Melaka); Gambir, Kahang, Permas, Tenggaroh (Johor); Sabai (Pahang) dan Jeram Padang (Negeri Sembilan).
Berikut senarai calon MIC bagi kerusi Parlimen pada PRU-13 :
1. Datuk Seri G. Palanivel ( Cameron Highlands)
2. Datuk Seri Dr. Subramaniam ( Segamat)
3. Datuk M. Saravanan ( Tapah)
4. Datuk S.K Devamany ( Sg Siput)
5. Datuk S. Murugesan ( Kota Raja)
6. Datuk V. S Mogan ( Teluk Kemang)
7. P. Kamalanathan ( Hulu Selangor)
8. A. Sakthivel ( Kapar)
9. A. Prakash Rao ( Subang)
Senarai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Penang:
1. M.Karupanan (Bagan Dalam)
2. L.Krishnan (Perai)
Melaka:
1.M.S Mahadevan (Gadek)
Kedah:
1. M.L. Maran (Bukit Selambau)
2. S.Anathan (Lunas)
Pahang:
1. R.Goonasakaren (Sabai)
Negeri Sembilan:
1. Manickam Letchuman (Jeram Padang)
2. Dr. Tanaletchumany Palanisamy (Port Dickson)
Perak:
1. C. Sivarraajh (Buntong)
2. Subramaniam Ramalingam (Hutan Melintang)
3. S.Mokan (Jelapang)
Johor:
1. Vidyanathan Ramanadhan (Kahang)
2.Raven Kumar Krishnasamy (Tenggaroh)
3. M.Asojan (Gambir)
4. Soorianarayanan Muniandy (Puteri Wangsa)
Selangor:
1. K.Parthiban (Ijok)
2. S.Rawisandran (Batu Caves)
3.T.Mohan (Sri Andalas)
Sumber - UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment