Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, April 10, 2013

PRU13 : Senarai Calon PAS Perak

PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.
    
Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.
    
Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (atas) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR. 

Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kanan) dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar. 
    
"DUN  Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din. 
    
"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya. 
    
- Bernama


SENARAI CALON BN DAN PAKATAN RAKYAT PRU13

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Kinta Menjerit April 22, 2013 at 8:23 PM  

Salam,

Mohon bertukar pautan. Blog ini telah dipautkan dalam blog Kinta Menjerit.

tq


http://kinta-menjerit.blogspot.com

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP