Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Friday, April 19, 2013

PRU13 : Calon DAP Pulau Pinang

Senarai calon DAP Pulau Pinang, yang akan dikeluarkan secara rasmi kemudian,  menunjukkan bahawa kebanyakan penjawat dikekalkan, dengan tujuh muka baru dan tiga penyandang digugurkan.

Tiga daripada tujuh calon Parlimen adalah muka baru, seorang dipindahkan ke kerusi DUN, manakala empat daripada 19 kerusi DUN ditandingi calon baru.

Barisan calon itu mempunyai 10 pemimpin Pemuda DAP dan lima calon wanita.

Nampaknya kali ini parti itu mengamalkan dasar Pengerusi DAP Karpal 
Singh iaitu 'satu calon satu kerusi' kerana penyandang dua kerusi - Parlimen dan DUN - sebelum ini, telah dicalonkan bertanding hanya satu kerusi sahaja.

Mereka adalah Timbalan Setiausaha Agung, P Ramasamy (Batu Kawan) dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow (Tanjong).

Kedua-duanya melepaskan kerusi Parlimen mereka untuk masing-masing bertanding kerusi Perai dan Padang Kota.

Pengecualian hanya untuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng kerana kedudukannya sebagai ketua menteri sementara, dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Orang lain yang mengekalkan kerusi parlimen mereka ialah Karpal (Gelugor) dan Jeff Ooi (Jelutong).

'Calon payung terjun'

Salah seorang muka baru di peringkat parlimen adalah setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari (di bawah) di Bukit Bendera menggantikan penyandangnya Liew Chin Tong, yang bertanding di Kluang, Johor.

Yang lainnya termasuk ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Steven
Sim di Bukit Mertajam, menggantikan penyandang Chong Eng, yang akan bertanding kerusi DUN Padang Lalang.

Kasturi Rani, anak perempuan pemimpin veteran DAP, P Pattoo, dikatakan akan bertanding kerusi Batu Kawan di tanah besar.

Pencalonannya dijangka menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan sesetengah penyokong India di Nibong Tebal.

Spekulasi bertiup kencang bahawa adalah peguam K Mangleswari akan menggantikan Ramasamy di Batu Kawan, tetapi perkara itu masih tidak jelas kerana ada pihak-pihak tertentu masih melobi untuk Kasturi Rani.

Sementara itu, penyandang kerusi Komtar, Ng Wei Aik telah dipindahkan ke Parlimen Tanjung, menggantikan Chow.

Penyandang digugurkan

Tiga penyandang yang digugurkan ialah Tan Beng Huat (Padang Lalang), Koay Teng Hai (Pulau Tikus), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan Michael Tan (Padang Lalang).

Ini mengecewakan penyokong mereka dan telah mencetuskan protes kecil di kawasan mereka.

Mereka digantikan oleh pendatang baru ahli majlis MPPP Lim Siew Khim (Sungai Pinang) dan Chee Soon Lip (Jawi), pegawai khas Lim, Jeffrey Chew (Pulau Tikus) dan Teh Lai Heng (Komtar).

Di Bagan Dalam, difahamkan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan V Krishnamoorthy Naidu, tetapi bagaimanapun penyandang A Thanasekharan telah membayar deposit kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Khamis, untuk menjamin tempatnya sebagai calon.

10 penyandang yang mengekalkan kerusi DUN masing-masing ialah:

Phee Boon Poh (Sungai Puyu), Lim Hock Seng (Bagan Jermal), Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat), Law Heng Kiang (Batu Lancang), RSN Rayer (Seri Delima), Wong Hon Wai (Air Itam), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Teh Yee Cheu (Tanjong Bungah), Lau Keng Ee (Pengkalan Kota) dan Lydia Ong Kok Fooi (Berapit).

SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP

Sumber - Malaysiakini

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP