Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Wednesday, March 6, 2013

Terkini Pencerobohan Sabah

Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, dipindahkan ke Dewan Embara, dekat Lahad Datu susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu pagi semalam. Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.
    
Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diarah oleh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepas dengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bila perlu berada di situ.
    
"Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatan penduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan.
    
"Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapat diselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada Bernama.
    
Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.
    
Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan. Malaysiakini

Aktivis Filipina mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.

Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.
 
Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.
 
Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug".

Manakala yang lainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah. Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante -  memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".
 
Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes. Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut. Malaysiakini

Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini.

Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini.

"Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata.

Beliaumengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia.

Utusan Malaysia,
 dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini. Malaysiakini

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP