Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, March 19, 2013

Pencapaian Hebat Malaysia di bawah PM Najib Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pelancongan yang menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) hampir RM100 bilion apabila hampir 50 juta pelancong telah melawat Malaysia bagi tahun 2011 dan 2012.
Selain itu, katanya, dalam pembangunan projek Greater Kuala Lumpur, setakat 31 Disember 2012, projek My Rapid Transit (MRT) telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion, 45 peratus atau RM8.9 bilion kepada kontraktor bumiputera.

Tambah beliau, dalam sektor minyak dan gas, projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) di Pengerang, Johor bakal mewujudkan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi manakala 20,000 lagi peluang pekerjaan dalam kerja pembinaan.

"Dalam sektor minyak sawit pula, kita telah berjaya menanam semula seluas kira-kira 113,000 hektar kelapa sawit," katanya.

Katanya lagi, sektor kandungan dan infrastruktur komunikasi dan industri kreatif turut menyaksikan pencapaian dalam NKEA apabila RM547 juta keluaran kreatif telah dieksport dan sebanyak 157 ribu jam kandungan kreatif telah terhasil.
"Di antaranya adalah pembikinan filem bertajuk Lif of Pi, telah berjaya meraih empat kemenangan daripada 11 pencalonan di Academy Awards baru-baru ini yang melibatkan kepakaran kreatif anak tempatan," katanya.

Sementara itu, sebanyak 1,087 kedai runcit telah mendapat manfaat daripada Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di mana purata jualan meningkat sebanyak 30 peratus selepas enam hingga 12 menyertai program itu. - UTUSAN

Nota : Semua ini hanya boleh ditepis oleh Pembangkang dengan serangan isu peribadi menjelang PRU13.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP