Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Thursday, February 9, 2012

Hilmi Hazimin Malek penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong sah ditahan

Polis mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia, Jumaat lalu, merupakan lelaki diburu pasukan itu sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Hilmi Hazimin Malek bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya telah menerima pengesahan identiti lelaki itu daripada pihak berkuasa negara jiran tersebut.
Menurutnya, bagaimanapun lelaki tersebut pada masa ini masih disiasat Polis Republik Indonesia (Polri) berhubung kesalahan dilakukan di negara itu.

"Pihak berkuasa Indonesia meminta sedikit masa untuk melengkapkan siasatan mengikut prosedur dan dakwaan yang dikemukakan terhadap lelaki tersebut.

"Kita bagaimanapun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan seterusnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa negara jiran itu untuk pengesahan bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan.
Dalam pada itu, menurut Chin Wah, lelaki tersebut dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk membantu siasatan kes melibatkan Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor. - Utusan Online

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP