Blog Widget by LinkWithin

RAMALAN PRU 13

ADA BOLEH MEMBANTU MEMILIH SAMADA BN ATAU PR YANG AKAN DI PILIH PADA PRU 13 @ RAMALAN PRU 13

Tuesday, September 20, 2011

Kes liwat Anwar: Saksi Dr DNA bukan seorang pakar


Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kepada Dr. Brian McDonald bahawa, beliau bukannya pakar DNA sepertimana diputuskan oleh sebuah mahkamah daerah di Australia semasa perbicaraan satu kes jenayah pada 2007.


Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semasa membacakan keputusan mahkamah di Barat Australia itu berkata, mahkamah berkenaan telah mengeluarkan perintah bahawa McDonald tidak dibenarkan memberi keterangan sebagai pakar selepas memutuskan keterangan McDonald tidak boleh diterima.

Beliau berkata, mahkamah berkenaan memutuskan tidak terdapat bukti mencukupi untuk menyakinkan kepada mahkamah itu (di Australia) bahawa McDonald ialah seorang pakar DNA dan genetik molekular.
Bagaimanapun, McDonald mempertahankan dirinya dengan menyatakan Mahkamah Rayuan telah menukar keputusan itu kemudiannya selepas rayuan.

Kepada soalan Mohamed Yusof bahawa mahkamah di Australia itu telah memberikan komen serius mengenai kepakarannya, McDonald menjawab terpulang kepada hakim untuk memberikan pendapatnya. — Bernama

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

Peluang Kerja Terkini

Komen TerKini - Terima Kasih

Sponsor Links

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP