Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, March 30, 2010

Anwar kenal tokoh Apco

Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap selektif dalam mendedahkan maklumat mengenai Apco Worldwide sedangkan ketua umum PR itu juga didakwa mengenali dan bersahabat dengan tokoh-tokoh dalam syarikat perunding tersebut.

Khairy (kiri) juga juga ketua Pemuda Umno berkata, maklumat berkenaan tidak didedahkan Anwar yang ingin membina imej yang baik di gelanggang antarabangsa.

Tambahnya, Anwar mengaitkan kerajaan dengan isu Apco untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu-isu yang menyentuh peribadi ahli parlimen Permatang Pauh itu dan juga terhadap PKR yang menghadapi masalah.

Katanya lagi, Anwar juga gagal menjelaskan bagaimana Apco terlibat menasihati negara dalam membentuk gagasan 1Malaysia.

Jelasnya, 1Malaysia mula disebut oleh Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sulung sebaik menjadi perdana menteri, sedangkan kontrak lantikan Apco itu dibuat pada Ogos tahun lalu.

Mengulas mengenai peranan Ethos Consulting, Khairy berkata perkara itu sengaja dibangkitkan oleh Anwar untuk memburuk-burukkan imej beliau.
Dalam ucapannya mengenai Apco, Anwar berkata, antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada perdana menteri oleh Omar Mustapha, penasihat perdana menteri yang menurut Anwar, juga teman lama ahli parlimen Rembau dan rakan kongsi dalam firma perunding Ethos Consultancy.
Ketika ditanya, beliau juga berkata kerajaan perlu menjelaskan mengenai bentuk maklumat yang diberikan kepada Apco.

"Biasanya, maklumat ini cuma statistik yang boleh diperolehi di domain awam," katanya

Sumber @ http://malaysiakini.com/news/127882

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

YANG GAMBI March 30, 2010 at 5:35 PM  

Biasalah, AnuWar pengkhianat ini akan cuba mengaitkan orang lain, sedangkan dia sendiri menjadi barua yahudi....

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP