Siapa FIRAUN KECIL dalam PAKATAN?
1 sahabat bilang " tolong bawa zul ke Tg. Rambutan cepat ! TGNA pun dia dah bantai..!! " Oh..kisahnya di sini. Wak pula bilang, " benarlah bahawa politik itu 'tipu daya.." diikuti dengan bunyi bersin yang melelahkan. Makin lelah nampaknya..muktahir ini.
gopenghagen - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa wujudnya konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melihat beliau 'ditendang' keluar daripada parti itu. Malah beliau begitu yakin terdapat agenda jahat yang dirancang terhadapnya apabila Lembaga Disiplin PKR menetapkan lusa untuk perbicaraan kesnya - sewaktu beliau berada di Korea untuk menyertai Forum Kepimpinan Antarabangsa atas tiket parti.
"Saya yakin ada 'firaun-firaun kecil' yang sangat gembira untuk melihat saya ditendang keluar daripada PKR. Saya rasa ada niat jahat, saya cukup yakin mereka ada niat jahat di kalangan firaun-firaun kecil ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Lembaga Disiplin PKR akan bersidang lusa ini dengan tarikh alternatifnya pada 23 Februari. Bagaimanapun Zulkifli bersama 11 lagi Ahli Parlimen Pembangkang lain akan berada di Korea Selatan sehingga 25 Februari ini.
"Saya agak hairan mengapa mereka memilih tarikh-tarikh tersebut sedangkan PKR mengetahui bahawa saya akan berada di Korea dalam tempoh tersebut menghadiri program bersama beberapa Ahli Parlimen lain.
"Saya berharap ia tidak bertujuan untuk menghalang saya daripada menghadiri prosiding di hadapan Lembaga Disiplin tersebut," katanya. (sumber)
Petikan terus dari http://politikbanjar.blogspot.com/2010/02/siapa-firaun-malaysia-tu.html
KOMEN : AnWAR KATA DIA SALAH PILIH CALON TAPI KALAU RAMAI SANGAT YANG TARIK DIRI MAKNANYA CALON YANG SALAH ATAU KETUA YANG TAK PANDAI JAGA ANAK BUAH.
0 comments:
Post a Comment