Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Wednesday, February 24, 2010

Nasihat Dr. M : Lotus F1 pamer aksi terbaik

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pasukan Formula One (F1) Malaysia, Lotus F1 Racing untuk memberikan saingan terbaik pada perlumbaan pembukaan F1 di Bahrain bulan depan bagi menjaga imej dan reputasi jenama Lotus.

Beliau percaya pasukan itu pastinya mempunyai misi tersendiri untuk mencatat kejayaan terbaik dan berusaha mencapainya sementelahan mereka menggunakan nama Lotus, yang mempunyai reputasi tinggi.

Jika mereka gagal mencatat kejayaan, ia pastinya akan menjejaskan imej pasukan yang menggunakan nama tersohor jenama kuasa automotif dari United Kingdom itu dan memberi kesan tidak baik kepada pasukan.

Dr Mahathir, yang berperanan penting dalam sukan permotoran di Malaysia, berkata demikan kepada pemberita selepas merasmikan kilang pasukan itu di Norfolk.

Hadir sama ialah ketua pasukan Lotus F1 Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua timbalannya Datuk Kamaruddin Meranun dan SM Nasaruddin SM Nasimuddin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.

Dr Mahathir secara berseloroh berkata keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya "tewas pertaruhan".

"Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya mencabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyediakannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini... nasib baik tidak melibatkan wang," katanya.

Ditanya mengenai persepsinya tentang pasukan itu, Dr Mahathir berkata keupayaan pasukan kecil Lotus F1 Racing membina jentera untuk perlumbaan F1 dalam masa yang singkat lima bulan sangat menakjubkan kerana bagi membina sebuah kereta sekurang-kurangnya mengambil masa setahun walaupun hanya sebuah jentera prototaip.

"Saya sangat kagum dan melihat mereka amat bernasib baik kerana mereka dapat memiliki kilang yang sedia mempunyai kelengkapan untuk membina kereta. Kilang ini asalnya milik Toyota dan Audi serta semua telah tersedia, maka mereka perlu melakukan sedikit sahaja untuk mengendalikannya atau menambah apa jua keperluan," katanya.

Dr Mahathir berkata adalah sesuatu yang menakjubkan bagi sebuah pasukan kecil Lotus F1 Racing berjaya memulakan dan menghimpunkan sejumlah individu yang pakar dalam pembuatan kereta.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Bapa Sukan Permotoran di Malaysia, diberi peluang untuk duduk di dalam jentera Lotus Cosworth T127 Chassis 02 dengan enjin jentera dihidupkan.

Sementara itu, Fernandes yang (bawah) berkata Lotus F1 Racing sedang bersaing dengan mereka y terbaik di dunia dan beliau percaya pasukan itu akan melakukan yang terbaik meskipun dengan bajet terhad.
Ia bukanlah mengenai sejumlah wang yang banyak tetapi lebih untuk menunjukkan kebolehan kepada dunia, khususnya sebagai rakyat Malaysia, katanya.

Menafikan dakwaan pasukan itu gagal menarik penaja kerana ragu akan keupayaan mereka, beliau berkata: "Saya tahu banyak keraguan timbul tetapi pertamanya, kamu hanya mempunyai lima bulan, pasukan lain memiliki 10 tahun.

“Tunggu dan lihat sahajalah, malahan kami juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk membawa penaja.

"Matlamat kami pada masa ini ialah untuk menamatkan empat perlumbaan pertama. Kami juga tidak mensasarkan sebarang kedudukan. Anda berlumba dengan Ferrari yang telah berada dalam dunia perlumbaan sejak 1930, ini bermakna sudah 80 tahun sedangkan kami baru lima bulan.

"Bajet Ferrari pastinya lebih besar daripada kami, jadi berilah sokongan kepada kami dan tunjukkan kepada dunia apa yang boleh kita lakukan."

Ramai orang, katanya bertanyakan tentang bajet dan sejarah telah membuktikan bahawa memiliki wang yang banyak bukanlah kunci utama mencapai kejayaan.

"Saya mempunyai individu yang hebat. Tenaga, innovasi bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang, maka saya tidak terlalu khuatir mengenainya. Sudah tentu kami mahu memiliki penaja besar yang dapat memberikan kami tajaan yang besar dan kami menjadi lebih berdaya saing tetapi jika itu tidak berlaku maka kami akan melakukan dengan apa yang kami ada," katanya.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/124920

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP