Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Wednesday, February 17, 2010

Kes Liwat AnWAR : USA minta kes AnWAR terus diadili dengan adil

Jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat menggesa kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memastikan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi tuduhan liwat, berjalan secara adil.
“Sudah lebih satu dekad sejak perbicaraan Anwar yang pertama, atas tuduhan yang kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan,” kata pengerusinya John Kerry.
“Tuduhan kali ini sama dengan tuduhan sebelum ini, dan Anwar didakwa selepas terpilih sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Kerry menggesa kerajaan Malaysia supaya memberi perlindungan perundangan yang sewajarnya, sejajar dengan kedudukan Anwar sebagai seorang ahli parlimen dan seorang warganegara.

“Dan bagi menyelesaikan kes terhadapnya secara yang memberi keyakinan terhadap kredibiliti dan keadilan dalam sistem kehakiman Malaysia,” katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/124489

KOMEN : JELAS USA TIDAK SEBODOH SEBAHAGIAN AHLI PARLIMEN AUSTRALIA YANG KAKI BODEK ANWAR.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

YANG GAMBI February 17, 2010 at 8:51 PM  

Salam bro, setuju dengan paparan di atas..... tetapi sejak bila undang-undang dan Mahkamah Malaysia tidak adil...... hanya bagi pembangkang sahaja beranggapan demikian keran tidak berpihak kepada meereka....

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP