Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, December 16, 2009

Strategi AnWAR untuk lewatkan kes LIWAT sehingga jadi PM?

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya bahawa tidak ada fakta memihak kepada pembelaan kes liwatnya, adalah satu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi berhujah, ini kerana isu yang ditimbulkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu dibangkit dan diputuskan oleh mahkamah jenayah yang mendengar kes liwat tersebut dan bukannya mahkamah sivil.

Katanya, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat semakan bagi prosiding mahkamah jenayah dan ia juga tidak seharusnya masuk campur dalam perkara-perkara mahkamah jenayah.

‘‘Sebarang isu berkaitan kenyataan bertulis itu boleh ditimbulkan semasa prosiding perbicaraan jenayah. Jadi permohonan ini adalah jelas merupakan penyalahgunaan bidang kuasa mahkamah sivil,’’ katanya.
Azizah berkata demikian semasa mewakili Peguam Negara dalam hujahan bertulisnya bagi membantah permohonan Anwar mendapatkan kebenaran membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat fakta-fakta memihak kepada pembelaan dalam kes liwat yang dihadapinya.
Permohonan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Aziah Ali di kamar beliau di sini hari ini.

Peguam Negara memohon permohonan Anwar ditolak dengan alasan kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria bukan suatu keputusan yang boleh disemak di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi (RHC) 1980.

Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) bagi tujuan kes liwat itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah jenayah yang tidak seharusnya menerima campur tangan mahkamah sivil.

Anwar pada 3 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Mohamad Hanafiah responden pertama, pendakwa raya responden kedua dan Kerajaan Malaysia responden ketiga.

Beliau memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis itu yang ditandatangani oleh responden pertama dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu, tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) CPC, batal dan tidak sah.

Anwar juga memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap responden kedua untuk membekalkan fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam satu kenyataan bertulis menepati Seksyen 51A(1)(c) kanun berkenaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes itu dijadual dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selama sebulan mulai 25 Januari ini.

Dalam hujahannya, Azizah menyatakan, responden pertama tidak membuat sebarang keputusan pentadbiran ketika mengeluarkan kenyataan itu tetapi hanya menyatakan pendapat bahawa tiada fakta yang memihak kepada pemohon.
Menurutnya lagi, pendapat responden pertama juga bukanlah sesuatu yang konklusif kerana mahkamah jenayah yang mendengar perbicaraan kes itu merupakan pihak yang akan menentukan sama ada fakta-fakta berpihak kepada pembelaan atau sebaliknya mahupun yang relevan kepada perbicaraan.

Sementara itu, peguam Edmund Bon menghujahkan bahawa hak perlembagaan Anwar untuk mendapatkan perbicaraan yang adil telah dicabuli ketika responden pertama dan kedua mengeluarkan kenyataan bertulis itu.
Sedangkan, menurut beliau, di bawah Seksyen 51A(1)(c) CPC, pendakwa raya dikehendaki membekalkan kepada pemohon kenyataan bertulis berhubung fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan.

‘‘Walaupun mereka menyatakan ‘tiada’, ia mungkin bermakna tidak ada fakta-fakta memihak atau mungkin terdapat fakta-fakta yang memihak tetapi tidak diberikan berdasarkan peruntukan imuniti kepentingan awam di bawah Seksyen 51A(2) CPC.

‘‘Dalam apa jua keadaan itu sekali pun, ia boleh dibuat semakan kehakiman,’’ ujar beliau.
Antara fakta yang didakwa memihak kepada pembelaan, katanya, ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai 2008.
Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, Azizah memberitahu, Hakim Aziah akan mengumumkan keputusannya pada 5 Januari ini.

Sumber @ http://www.utusan.com.my

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

YANG GAMBI December 16, 2009 at 10:48 PM  

Salam bro, setuju sangat dengan artikel ini...... Anwar sangka akan dapat jadi PM di PRU13, dia boleh menguasai Mahkamah dan boleh bebaskan diri dari tuduhan liwat.... itulah otak pemikir dunia.....

kumarisen December 17, 2009 at 1:07 AM  

assalamulaikum...

xslhkan nk komen n mengingti..

gua stuju btl dgn korng smua...sy xsokong pkr sbb pkr 2 asal umno gk.

bab politik plak, gua xkata ummno 2 slh. dlm umno ad y baik, dlm pas ad gk y buruk. kita sama2 lh baiki smu 2.

tp gua ad reason tersndiri knpe gua kt pas. y 2 korg cr sendiri knpe. org kata nk tau kne blajar, pe la dengar2 ceramah agama.
cthny mengapa sy tolk umno..
dlm Al-Quran ad empat perkara y ditekan kn, puasa, wahsiat, hukum hudud, pergaulan. knpe krjaan tolng hukum hudud xtau la, sedangkan hukum hudud 2 prlu dilaksanakn, pelaksanaany sm cm kita wajib puasa. klu kita kata hudud xblh dprktik skrng mka ibarat cm kita kata puasa 2 pn xsesuai. lbh kung cm 2 la. dlm sjarah nabi, setlh jd perdana menteri madinah, pertama skali pelembgaan islm, nabi nk buat undng2 sndiri tp ALLAH xbenarkan sbb DIA tau nabi akan letk seringan2 hukuman sbb dia syg pd umat ny, tp ALLAH titahkn dlm al-Quran supaya laksaknlh hukum hudud iaitu hukum kisaq. 2 antr sbb para ulamat perjuangkn hukum 2. why ke dua, klu org membunuh hukum dia bunuh, dlm udng2 mlysia tali gantung tp hudud pancung dgn pedang. scr waras kita fkir sm je tp sbnrny kita clp. ALLAH arh pancung mereka y membunuh tp kita p gantung, cian kt mereka sbb ble kt padng masyar septutnya dosa dh kurng sbb kne gantung tp ALLAH xterima dgn hukuman 2 sbb xikut ckp DIA. so sia2 je org 2 mati d dunia kne gantung tp dosa xterhapus. so klu kita umat islam, kita akn selamtkn sesama umat kita.

cuma gua nk bg tau la, jgn sesekali kita benci ahli agama mau pn ulamak. xkesh la sokong sape2 pn. sbb nabi dh ckp y menymbung ape y beliau bt bkn keturunan tp para ulamak. katakan pas n umno duk gaduh, tb2 kiamat, kat seblh mane anda nk duk, sblh dketuai ulamak or bangsawan?? klu sy lbh ykin ulamak la. y kedua npe kita xblh bnci para ugama ni, katakan kita mati, sape y mandikan kita? y tanam kita? xln xbkn org ugama la y urus kita. xkn kita nk suruh bangsawan uruskn kita manyat kitakn.

sy ok dibwh pentadbirn spe2 pn aslong dia utamakan agama.
so, xprlu gaduh kot.. kita sokong y mane wajib bkn sokong y mane kita nk k. wassalam..

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP