Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, December 1, 2009

Rakyat KELANTAN serbu Nik Aziz PART 2

HarakahDaily melaporkan Kira-kira 50 beruk-beruk yang menyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.

Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.


FRU bersiap sedia di hadapan bangunan SUK



Selain berteriak dan melaungkan slogan anti PAS, mereka juga menaikkan kain rentang mendesak Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Polis telah mengawal ketat demo ini.


sungguh ramai yang hadir di hadapan SUK.Selepas dikira dua belas
kali jumlah yang keluar dekat seratus orang lebih







Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan puluhan anggota kumpulan yang menggelar diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan mula tiba kira-kira jam 10 pagi ini di Kota Darul Naim bagi memprotes tindakan Menteri Besar Kelantan itu yang mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno kerana keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti.

Semalam satu mesej bersebaran melalui SMS menggesa ahli-ahli Umno berhimpun supaya menyokong protes itu.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Pemuda Umno Kelantan menegaskan protes itu yang juga bertujuan mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan adalah inisiatif NGO tersebut.

Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha Jumaat lalu menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.

Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu.


Sumber : berbagai sumber

KOMEN : DULU PAKATAN SELALU KATA UTUSAN SALAH KIRA TAPI HARAKAHDAILY JUGA TAK PANDAI KIRA KATANYA YANG SERTA DEMO HANYA 50 ORANG. DARI GAMBAR YANG AKU TENGOK NI 50 ORANG KE???? LAGI SATU KALAU PAKATAN DEMO TU NAMANYA DEMOKRASI TAPI KALAU BN DEMO KATANYA BERUK ... APA PUNYA DEMOKRASI DIAORANG BAWA NI...

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

pakmalau,  December 1, 2009 at 6:53 PM  

salam.

1 Malaysia Blog Politik...izinkan teman pastekan gambar lima penyokong PAS berhimpun nei untuk posting di blog hamba...

wassallam !

Pemerhati,  December 1, 2009 at 8:44 PM  

1000 orang Harakah kata 50 ekor beruk! Ishh, ishh kalau nak kelentong pun biarlah logik sedikit. Ini buat malukan PAS sahaja bila ahli2 PAS baca Harakah dan melihat dgn mata kepala sendiri bagaiman Harakah dan parti PAS membohong! Tapi dalih PAS ialah tipu sunat. Mungkin Tok Guru Nik Aziz akan berkata TUHAN pun menipu!

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP