Nik Aziz jadi seperti PAK PANDIR
Himpunan memuji dan menyokong Nik Aziz itu diadakan selepas Tok Guru mengajar. Himpunan itu lengkap dengan ucapan oleh beberapa pemimpin Pas dan ikrar oleh masyarakat berbilang kaum. Digambar ternampak dua tiga orang pemimpin Pas melilitkan kain berwarna merah di kepala bertulis "I love Tok Guru" Mana-mana pemimpin Pas yang selalu pakai kopiah semasa di Dataran Ilmu terpaksa pakai songkok kerana hendak melilitkan kain merah berkenaan. Biar nampak gah!
Beberapa sepanduk, banner dan manila kad yang tertulis dengan pelbagai kata-kata pujian dan sanjungan kepada Nik Aziz juga diangkat dan dijulang. Tentu Tok Guru tersenyum dan tambah sihat apabila melihat banner dan sepanduk itu.
Pendeknya himpunan itu benar-benar memuaskan hati dan berjaya! Dan ianya berjaya mengalahkan provokasi yang dibuat oleh JPRK tempoh hari. Tok Guru pun mungkin merasa lega dengan sokongan puluhan ribu itu dan mungkin terpaksa memikir semula keputusan untuk berundur. Beliau pun akan dapat bersemayam dengan amannya atas singgahsana kerana beliau masih lagi disokong? Rakyat berbilang kaum masih memerlukannya.
Saya tidak mahu bertanya apakah himpunan menyatakan sokongan kepada Tok Guru itu ikhlas atau tidak. Atau apakah ianya mendapat sokongan padu rakyat Kelantan. Jangan tanya! Sebab keikhlasan ini ada dalam hati masing-masing. Cuma apa yang musykilnya kenapa sokongan itu lewat? Ia diadakan setelah Tok Guru lembek lotek dicincang oleh musuh. Kenapa sokongan itu tidak dibuat awal?
Dan cerita-cerita pandir begini sudah kerap berlaku dan sering berlegar di keliling Tok Guru. Kerana banyak sangat dongengan pandir inilah menyebabkan kadang-kadang Tok Guru juga jadi seperti pak pandir! Pasti sekali Tok Guru tidak akan percaya kalau dikatakan bahawa banner itu dihulur sendiri oleh tangan orang kuat Dewan Pemuda Pas? Apakah tujuannya, tanyalah pohon depu?
Baca analisa perhimpunan menyokong Nik Aziz oleh MSO @ http://msomelayu.blogspot.com/2009/12/seperti-mana-yang-dilaporkan-oleh-media.html
1 comments:
Bukan seperti lagi bro tapi memang PANDIR pun.... ganda 23 bro...!!!!
Post a Comment