Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, December 3, 2009

BAKAL MB BARU SELANGOR

Kalau ada yang tak tahu, ini dia bakal Menteri Besar Selangor selepas PRU-13 nanti. Siapa lagi kalau bukan Datuk Noh Omar. Kalau tengok video perdebatan beliau dengan Ronnie Liu pasal tanah LKIM di Kuala Selangor yang aku petik dari laman web rakan-rakan ini, jelas inilah nama yang paling sesuai untuk menerajui Selangor selepas BN merampasnya dari pembangkang pada PRU-13 nanti.

Pemimpin seperti inilah yang rakyat mahukan, bukannya bercakap berdegang-degang dalam Dewan Merdeka PWTC tapi berdepan dengan pembangkang dalam DUN atau Parlimen terkedu malah ada yang tersengih-sengih sebab tak berani nak lawan. Atau kat PWTC berani menjulang keris tetapi kena sergah puak2 sana, terhegeh-hegeh minta maaf.


Tahniah Datuk Noh. Sesungguhnya Selangor memerlukan pemimpin seperti Datuk yang bukan sahaja rajin turun padang, tetapi sedia bersanggah dengan pembangkang demi kepentingan rakyat, tanpa mengira kaum.

Kelantangan dan ketegasan Datuk Noh bukan baru. Ketika zaman reformasi dahulu Datuk Noh-lah yang paling lantang bersuara di dalam Parlimen menghadapi Lim Kit Siang dan Karpal Singh sehinggakan ada usaha-usaha untuk menjatuhkan karier politiknya.

Tetapi Allah itu maha kaya, Datuk Noh terus berjaya dalam politik bermula sebagai Setiausaha Parlimen ketika zaman Tun Dr. Mahathir, kemudian menjadi Timbalan Menteri & Menteri ketika zaman Pak Lah sehinggalah Najib.

Dan tidak syak lagi pada PRU-13 nanti beliau akan diletakkan sebagai calon di peringkat DUN dan seterusnya dilantik sebagai MB selepas Selangor sah menjadi milik BN kembali.

Nak tengok Video Datuk Noh sila klik @ http://mesintaipburuk.blogspot.com/2009/12/ni-dia-bakal-mb-selangor.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP