NIZAR TERKINI : YB ZULKIFLI NOORDIN MEMANG ANAK JANTANLAH!!!
Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin - yang sentiasa lantang bersuara - hari ini mencabar R Sivarasa supaya meletak jawatan naib presiden PKR dan bertanding melawannya."Saya cabar Sivarasa letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan saya - satu lawan satu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Zulkifli membuat cabaran itu ketika menjawab kenyataan Sivarasa dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat PKR, ditujukan kepada Zulkifli.
Ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu berkata beliau sanggup keluar parti jika beliau kalah kepada Sivarasa dalam pertandingan jawatan naib presiden.
Katanya, beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam.
Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/117094
1Malaysia Blogpolitik dapat komen untuk YB Zulkifli :
- Buat YB Kulim..... Sesungguhnya Islam itu bukan hanya untuk orang melayu tetapi untuk semua bangsa!!!! Alangkah baiknya tuan YB Kulim tunjukkan kebaikan Islam kepada bangsa cina dan india agar mereka tergerak mencintai Islam walaupun mereka tidak memeluk Islam. Apakah kejayaan pemimpin melayu Islam yang memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun dalam berdakwah kepada bukan Islam apatah lagi mengajak mereka masuk Islam???? Bukankah mereka sendiri yang menghina hukum hudud?????? Tunjukkanlah akhlak terpuji sepertimana akhlak Nabi Muhammad dalam berdakwah bukannya berterusan memerangi orang bukan Islam sedangkan kita sendiri gagal menyampaikan ajaran Islam sebenar kepada mereka!!!! Berjuanglah atas nama Islam bukannya atas nama melayu kerana ada juga melayu yang kafir dan jangan lupa ada bangsa cina dan india yang beragama Islam!!!!!
- Buat YB Kulim...... Apakah agenda perjuangan Islam saudara di bumi Malaysia sekiranya saudara sendiri gagal menunjukkan ciri-ciri pejuang gerakan Islam berhikmah dalam kepimpinan dan berjemaah. Apakah saudara sudah berjaya mendesak pemimpin melayu Islam agar mengharamkan kilang arak dan judi di Malaysia yang juga dimiliki oleh mekayu yang mengaku Islam????? Apakah saudara sudah berjaya mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan akta ISA yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam????? Adakah saudara sudah berjaya mendesak kerajaan mengharamkan orang Islam mengunjungi pusat-pusat hiburan dan maksiat????? Adakah saudara sudah berjaya mendesak hiburan terlampau yang melalaikan anak-anak melayu disekat oleh kerajaan?????? Bukankah usaha untuk agenda di atas memerlukan dokongan dalam satu organisasi bukannya secara individu!!!! Dalam organisasi, YB Kulim yang beragama Islamlah yang wajib memberikan penerangan secara berhikmah kepada bukan Islam tentang kebaikan dan keadilan Islam!!!!!! Tetapi adalah lebih afdal YB Kulim dapat bermuhasabah diri sendiri adakah cara perjuangan YB itu boleh membawa kepada kemenangan Islam atau menyebabkan semakin ramai orang bukan Islam menjauhi Islam!!!!!
KOMEN : TEMAN-TEMAN JE LAH KOMEN YA!!!!