NIZAR TERKINI : PEMIMPIN TINGGI PAS BERBALAH ISU BA'IAH
Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat kata ba'iah talak tiga tidak ada dalam kepalanya. Katanya ia tidak pernah kedengaran di negeri itu (Kelantan) dan ia sengaja ditimbulkan orang yang dengki dengan Pas. Memahami jawaban politik Nik Aziz itu bahawa bai’ah tidak berlaku dalam parti berkenaan. Nik Aziz bermaksud tidak mahu isu itu dibabitkan dengannya.
Berlainan pula dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Hadi pula kata, soal bai'ah sudah selesai. Jawaban itu cuba nak mengelak dan bersifat kabur. Selesai apa. Apa yang orang ingin tahu apakah bai’ah talak tiga ini wujud atau tidak dalam Pas seperti mana didakwa oleh media itu. Itu saja? Jawaban Abdul Hadi itu tidak memberi kepuasan kepada umum dan menjawab persoalan yang dibangkitkan.
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak pula berkata amalan bai'ah yang dilakukan selama ini untuk menguatkan parti. Beliau tidak juga mengiya apakah ada lafaz taklik talak tiga atau tidak. Secara gurauan beliau menolak dengan berkata, talak tiga tidak ada, nak tambah bini ada. Cara Azizan menjawab juga berhelah dan ingin menafikan apa yang didakwa.
Manakala Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula lebih berhati-hati dalam memberi jawabannya. Katanya setahunya majlis syura ulama tidak pernah membuat arahan mengenai bai’ah itu. Maknanya tidak adalah.
Sementara Mustafa Ali pula meminta agar Presiden menyiasat akan kesahihan mengenai tuduhan itu. Jawaban ini juga cuba hendak menutup punggung yang sudah tertonggeng!
Jawaban-jawaban yang berbunga-bunga itu menunjukkan semua pemimpin kanan Pas mengelak dan tidak mahu bertanggungjawab. Masing-masing ingin membersihkan diri bahawa mereka tidak terlibat dengan amalan berkenaan. Masing-masing tidak mahu mengaku. Tetapi percayalah sikap begitu bukan merupakan satu sikap untuk menyelesaikan isu yang sedang semarak itu.
Sumber @ http://msomelayu.blogspot.com/2009/11/rencana-khas-baiah.html
KOMEN : TEMAN-TEMAN SETIAP KLIK ANDA HARI INI (12.00 am - 11.59 pm) BERNILAI RM0.30 AKAN DI SUMBANGKAN KEPADA TABUNG PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA GHUFRAN. SUMBANGKAN SAHAM AKHIRAT ANDA DENGAN KLIK @ http://bit.ly/2UCOPI
0 comments:
Post a Comment