Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, November 10, 2009

NIZAR TERKINI : MULUT SAYA PENUH DARAH

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.



"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Sumber @ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/10/mstar_berita/20091109211558&sec=mstar_berita

KOMEN : UJIAN ALLAH ... SEMUGA TOK GURU CEPAT SEMBUH. NABI AYUB DIUJI ALLAH SAKIT SELAMA 18 TAHUN. MAMPUKAH KITA??

IKLAN : Kami ingin berkongsi link hebat ini. Hanya Klik boleh dapat Wang! Ramai dah bersama team BERANI GAGAL. Anda bila lagi. Detail @ Dapat Wang Segera

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP