Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, November 17, 2009

NIZAR TERKINI : KICKDEFELLA VS ARIFFAHMI (MENANTU NIK AZIZ) SEMAKIN PARAH

MENANTU kesayangan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bijak bistari bernama Ariffahmi Abdul Rahman telah diserang bertalu-talu oleh seorang bloger bernama Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella. Walaupun mulanya mereka sahabat baik, tetapi perbalahan tidak dapat dikekang lagi. Paling anihnya lagi bloger berkenaan dibayar gaji oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di mana Ariffahmi sebagai CEOnya.

Hari ini kedua orang yang saya ketahui menjadi wazir di raja kepada Husam ini bergaduh dan bercakar, lebih buruk daripada anjing dengan kucing. Dalam hal ini nampaknya yang bersikap menjadi rimau Syed Azidi, manakala Ariffhami hanya mengambil sikap mendiamkan diri.




Apakah punca perbalahan mereka masih menjadi misteri. Belum terdedah cerita sebenarnya. Tuduh menuduh dan nafi menafi berlaku antara keduanya menerusi blog dan media cetak. Apakah puncanya seperti mana berlaku kepada penyamun dalam gua Bukit Tunggal dalam filem Nujuk Pak Belalang, yang berbalah disebabkan pembahagian harta disamun tidak adil?

Apakah mereka berdua penyamun? Satu untuk kau... dua untuk aku, dua untuk kau, 17 untuk aku! Begitukah. Kalau begitu ianya sangat malang kerana berlaku di negeri Tadahan Wahyu.


Cuma apa yang menjadi kemusykilan saya di sini ialah mengenai sikap orang bernama Husam bin Musa. Saya kenal dan pernah rapat dengan orang ini. Bloger berkenaan adalah bloger peliharaan dan yang menjaga hal ehwal dan penggilap politiknya di Kelantan. Semua orang tahu yang lensa kamera bloger itu hanya mampu menangkap dan menyambar wajah Husam saja dan tidak yang lain

Latar belakang itu menampak bahawa bloger berkenaan dibawah jagaan Husam bin Musa dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Maknanya dialah yang menjadi remote kepada bloger berkenaan. Ini juga bermakna dia berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam membawa bloger berkenaan bermukim di Kelantan. Apa juga kebajikan dan apa-apa keperluan bloger berkenaan dibawah tanggungjawabnya.


Begitu juga dengan CEO, PMBK, bernama Ariffahmi Abdul Rahman itu juga adalah orang yang rapat dengan Husam. Bahkan kemasukan Ariffhami diperbadanan itu dikatakan atas cadangan dan idea Husam. Seperti mana dimaklumi perestuan Husam untuk membawa Ariffahmi di situ untuk menjaga projek Bandar Baru Tunjung. Bermakna kedua orang ini adalah orang yang berkerja di bawah hegemoni politik Husam. Mereka yang menjadi pendokong dan penyokong Husam nombor wahid.


Apa yang anihnya dan musykilnya, apabila dua harimau Husam itu bergaduh kenapa beliau hanya diam membisu? Apakah beliau tidak berusaha menyelesaikan masalah mereka dan membiarkan ia selesai sendiri. Di sinilah pada saya kesilapan dan fiil Husam. Beliau tidak cuba menyelesaikannya menyebabkan berlakulah perbalahan sehingga parah seperti hari ini dan terheret sama ke atas batu jemala Nik Aziz dan keluarganya.


Petikan daripada blog MSO. Untuk analisa yang lebih lanjut ANDA boleh terus melawat blog MSO

KOMEN : MUNGKINKAH DRAMA INI ADALAH RANCANGAN ORANG DALAM DAN LUAR PAS UNTUK MEROSAKKAN NAMA NIK AZIZ DAN AKHIRNYA MEREKA TAHU UMNO KELANTAN AKAN MENDESAK NIK AZIZ UNTUK MELETAK JAWATAN. MUNGKINKAH MEREKA MENGGUNAKAN TANGAN-TANGAN LUAR UNTUK MEMAKSA NIK AZIZ MELETAK JAWATAN HASIL DARIPADA CETUSAN MASALAH YANG MEREKA CIPTA. AKHIRNYA BONEKA PAKATAN AKAN DAPAT MENGUASAI KELANTAN DAN PAS PUSAT. MUNGKIN KAH????

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP