NIZAR PERAK : KERAJAAN PR SELANGOR AKAN TUMBANG JANUARI 2010
Saya pernah berborak dengan salah seorang ADUN di Selangor. Dan beliau telah membuat pengamatan yang cukup tepat dan berani. Beliau berkata UMNO/BN lebih sanggup tidak menang di negeri lain kiranya mereka dapat menawan semula Selangor.
Raja Petra Kamaruddin dalam artikel terbaru beliau http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/ memberi amaran bahawa kerajaan PR Selangor akan dijatuhkan UMNO pada Januari 2010. Beliau memberikan beberapa faktor mengapa kerajaan PAkatan Rakyat mampu dijatuhkan oleh UMNO/BN. Faktor-faktor itu adalah:
a. Walaupun kepimpinan negeri dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, UMNO masih lagi mengawal perjalanan dan pentadbiran.
b. Majoriti pegawai-pegawai kerajaan di Selangor adalah lahir dari “tarbiyyah” UMNO dan mereka masih lagi memberi sokongan padu pada UMNO.
c. Peniaga-peniaga Cina masih lagi terpaksa membayar “wang pengeras” kepada pemimpin2 UMNO di peringkat daerah demi untuk memastikan mereka boleh melaksanakan projek mereka dengan aman
d. Ini bererti tahap korupsi masih tinggi dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak dapat membersihkan penguasaan UMNO terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
e. Sejak kebelakangan ini, dilihat segala permohonan untuk projek2 besar telah pun di”beku”kan. Ini kerana semua pegawai2 kerajaan sedang bersedia untuk sebuah “coup-de-tat” yang bakal berlaku pada January 2010.
f. Sekurang-kurangnya 10 wakil2 rakyat Pakatan Rakyat akan ditangkap dan dibicarakan atas banyak tuduhan yang direka-reka. Kenyataan Ronnie Liu baru2 ini pun menyatakan sekurang-kurangnya 20 wakil2 rakyat PAS telah digeledah pejabat mereka dan dirampas fail-fail dari pejabat mereka oleh SPRM.
g. Strategi sabotaj utama mereka adalah melemahkan jentera Kerajaan2 tempatan yang akan bertindak sangat tidak efisyen akibat sabotaj pegawai2 kerajaan ini. Bayangkan kalau kerajaan tempatan tidak efisyen, keseluruhan kerajaan negeri Selangor akan dibenci.
Baca seterusnya di sini
Sumber @ http://bloglistpolitik.blogspot.com/2009/11/kerajaan-pr-selangor-hanya-akan-hidup.html
KOMEN : SEMUGA TERKABUL LAH DOA RAKYAT SELANGOR WALAUAPAPUN YANG DIANALISAKAN OLEH PAKATAN.
0 comments:
Post a Comment