Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Sunday, November 1, 2009

Chua Jui Meng persoalkan KETUANAN MELAYU

BEKAS Menteri kesihatan, Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau juga menganggap ketuanan Melayu yang dikaitkan dengan UMNO menjadikan kaum-kaum lain sebagai hamba.

Jui Meng menyatakan demikian ketika berucap pada majlis makan malam PKR Sabah, yang kini menghadapi perpecahan ekoran peletakan jawatan Naib Presiden, Jeffrey Kitingan dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.




Dalam Awang cuba mendidik diri untuk berpegang kepada gagasan 1 Malaysia, ia tidak bermakna Awang tidak boleh menyanggah pandangan beliau.

Awang tidak faham mengapa ketuanan Melayu yang tidak lagi dilaung-laungkan oleh orang Melayu kebelakangan ini, mahu dijadikan isu oleh Jui Meng.

Sudah banyak kali diperjelaskan bahawa ketuanan Melayu bukan mahu menjadikan Melayu tuan dan bukan Melayu sebagai hamba. Sebaliknya ketuanan Melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan Sultan-sultan Melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, istiadat Melayu dan bahasa Melayu. Ketuanan Melayu adalah berpaksikan kepada perlembagaan negara.

Awang tidak percaya Jui Meng yang pernah menjadi menteri begitu dangkal dan buta sejarah. Nampaknya beliau yang bersikap rasis dan menjadi oportunis kaum. Apakah itu juga bermakna beliau menolak kedudukan raja-raja dan menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia negara republik?

Selama ini pun, ketuanan Melayu tidak pernah menindas kaum lain apatah lagi menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah rasanya tiada dalam dunia, kaum majoriti atau teras menjadi pelindung terbaik kepada kaum minoriti sejak sebelum merdeka lagi, melainkan kaum Melayu. Sehingga hari ini kaum Cina terus menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Kaum itu yang sudah lama mewarisi budaya perniagaan dan mendapat kelebihan daripada strategi penjajah menempatkan mereka di bandar-bandar, mempunyai paling banyak aset dan wang simpanan di bank-bank. Bandar-bandar dan pekan di seluruh negara dikuasai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu dan parti Melayu seperti UMNO tidak pernah bertindak merampas kekayaan sebagaimana berlaku di Zimbabwe. Senarai teratas orang terkaya di Malaysia yang sebahagiannya mendapat bisnes monopoli daripada pemimpin Melayu, juga adalah usahawan bukan Melayu. Peniaga kedai Cina di kampung-kampung Melayu misalnya sejak dulu bebas berniaga dengan mendapat sokongan Melayu tanpa diganggu. Itulah kemurahan hati Melayu yang diakui ramai pengkaji budaya antarabangsa sebagai kaum paling baik hati.

Akibat kemurahan hati itulah, yang sebenarnya menjadi tuan di negara ini adalah bukan Melayu. Pelancong, diplomat dan buruh asing pun tahu hakikat itu cuma Jui Meng yang mahu menafikannya. Kalau begitu, apa makna menjadi warganegara?

Sumber @ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

KOMEN : ORANG MELAYU MEMPERJUANGKAN HAK 30% YANG MASIH TIDAK TERCAPAI SEJAK 1970. 30% PUN DIPERSOALKAN OLEH KAUM CINA. ADAKAH MEREKA INGINKAN 100% HAK DI MALAYSIA. TAPI APA NAK BUAT DEMI DEMOKRASI ADA JUGA ORANG MELAYU YANG MENYOKONG PERJUANGAN UNTUK MENGHUTANKAN ORANG MELAYU.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

sasha200,  November 1, 2009 at 11:37 PM  

Tak payah nak dilayan si Cina Tua ni.

Ahli politik desperado.

Tak faham sejarah dan tak faham maksud ketuanan melayu. Bodoh punya orang...

AbgTuah November 2, 2009 at 1:29 AM  

SALAM..

TAK HABIS-HABIS BEKAS MENTERI KESIHATAN NI..ITU SAHAJA YG DITIMBULKAN..

KETUANAN DAN HAMBA..ITU SEMUA TAK UJUD KERANA ISLAM TIDAK MENGAJAR ITU SEMUA..

YANG UJUD ADALAH SEDIKIT BANTUAN UNTUK MELAYU AGAR DAPAT BANGUN DAN BERSAING

APAKAH CHUA JUI MENG HENDAK BERMAIN DENGAN SENTIMEN BIAR ISU INI SENTIASA HANGAT DAN MEMBAKAR HATI BANGSA CINA.?

NAK TANYA CHUA JUI MENG..SEMASA BELIAU MEMEGANG JAWATAN MENTERI DAHULU APAKAH SEMASA TU BELIAU HAMBA KEPADA MELAYU..?

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP