Tanda AnWAR akan bubar PKR dan kembali ke UMNO
Petikan daripada FaceBook MSO (tidak ada edit) @ FaceBook/Mso.
Mohd Sayuti Omar Lepas satu satu Adun PKR keluar parti dan istyhar sokong UBN. Apakah kesemua Adun PKR termasuk Anwar Ibrahim akan keluar parti menyertai UBN. PKR akan dibubarkan dan mereka semua akan kembali ke dalam Umno semula? Ada tanda-tanda menunjukkan kemungkinan ini berlaku. Walaupun insiden kenapa mereka boleh bertindak begitu, tidak mustahil juga kalau ada pelan untuk jadi begitu. Bagilah pandangan bebas anda. Salam MSO.
Respond :
Abi Alya
itu perkara tak mustahil..beribu lagi jenis perpaduan boleh dibentuk..tapi klu Anwar masuk UMNo..saya ingin sekali melihat rakan-rakannya yang berada dlam PAS melonpat sama...
Nizam Hameed
apa yang tuan MSO katakan, tidak mustahil dalam politik, kita pernah tengok Ku Li dan S46 masuk UMNO selepas berada dengan APU. Keduanya DSAI dan DS Najib adalah sahabat dan satu team dalam UMNO sebelum DSAI di campak keluar dari UMNO...
ketiganya, kebanyakkan ahli PKR adalah bekas ahli UMNO sendiri. Atas ketiga2 alasan ini saya rasakan ianya tidak mustahil untuk berlaku seperti yan tuan katakan
ketiganya, kebanyakkan ahli PKR adalah bekas ahli UMNO sendiri. Atas ketiga2 alasan ini saya rasakan ianya tidak mustahil untuk berlaku seperti yan tuan katakan
Mohamad Hazlan
PR berada di ambang perpecahan atau berada dalam era pembersihan ahli2 nya yg tidak berkualiti?
Nizam Hameed
ku sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di sian hari... itulah pepatah sekiranya berlaku seperti tuan mso katakan... PKR dan UMNO sebenarnya adik beradik... PKR adalah klon UMNO dalam PR.
Mohamad Asri Hashim
amalan politik perut dan politik poket tak kan kemana...masuk UMNO dapat duit masuk PAS keja huluq duit...mana mau?? realiti politik bercanggah dengan politik idealis...
Abu Nu'man An-Najah
Bila pjuangan tanpa ada unsur iman & taqwa, maka mudahlah perjuangan itu digoyahkan. Biarlah mereka keluar berbondong2 sekalipun kerana perjuangan Islam tidak memerlukan orang seperti itu...
Khairul Naim Zainal AbidinPKR tak lebih daripada UMNO versi Dato Seri Anwar. takkan semua orang dah lupa apa tujuan asal PKR ditubuhkan? tengok la kualiti wakil2 rakyat PKR macam mana. Maaflah kalau kenyataan saya ni keras,minta maaf awal2 kepada Pak MSO tapi pada pendapat saya PKR dan org2 di dalamnya tak lebih daripada alat DS Anwar untuk mencapai cita2 beliau. Apa cita2 beliau? tanya la Tun M, hehe.
Ahmad Nazri Mohd Zain
Pak MSO, walaupun dalam politik macam2 boleh terjadi. Tapi saya yakin Anwar tidak akan kembali ke pangkuan UMNO melainkan UMNO dapat melancarkan operasi pembersihan dalaman UMNO dari ahli2 politik yang korup dan membenarkan pemimpin yg ikhlas dan berintegriti memimpin UMNO.
Kepada teman-teman yang nak join perbincangan klik @ Facebook/mso
0 comments:
Post a Comment