Husam : Saya Sokong Kerajaan PERPADUAN
Mengenai Allahyarham UG itu sebenarnya banyak yang tidak tahu apakah maksud dan natijahnya daripada yang tahu. Umumnya tahu kerajaan perpaduan atau UG adalah penggabungan jasad dan jiwa antara Umno dengan Pas. Mereka yang menolak atau memprejudisnya bak pengsanggamaan kekasih dengan kekasih atas tilam lembut di malam sunyi tanpa ijab dan kabul.
Banyak juga yang menolak kerana berpegang kepada "fatwa" Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sudah serit dengan UBN. Fatwa itu pun boleh dipertikaikan dan bukan sesuatu yang sihat ataupun bukan boleh dijadikan pegangan sepanjang zaman. Mungkin rasa perit Nik Aziz itu relevan di zamannya tetapi tidak bijak untuk masa depan. Kerana kerajasama Pas - Umno menerusi BN dulu dilakukan oleh generasi terdahulu, di mana sebahagian besar generasi dalam Umno yang terlibat dengan pembentukan kerjasama itu sudah pun tidak ada. Percayalah citarasa dan pendekatan perjuangan generasi akan mendatang tertakluk kepada kondisi dan situasi dan bukan bersifat statik atau jumud.
Pun begitu sekali lagi saya atau sesiapa saja tidak boleh menyalahkan penerimaan begitu (membenci UG) kerana mereka menerima penjelasan atau hasutan demikian mengenai UG. Bahkan kita kena hormat mereka yang menolaknya atas keyakinan UG boleh merosakkan Pas dan Pakatan Rakyat. Bukankah penolakan itu satu sikap tegas dan terpuji kepada mereka yang mahu lihat kejayaan Pas dan Pakatan Rakyat meruntuhkan hegemoni UBN?
Di sini bukan saya hendak membangkitkan balik mengenai UG, jangan silap faham! Ia sudah pun mati dan dikafan serta ditalqinkan beramai-ramai di Jalan Raja Laut dalam mesyuarat khas Pas yang lalu. Isu UG sudah berakhir. Biarlah kisah UG menjadi sejarah pedih untuk dikenang dan diingatkan. Gara-gara UG ini juga menyebabkan malam dan siang Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang tidak damai. Banyak masa emas mereka yang seharusnya digunakan untuk membaca Quran dan telaah Hadith dihabiskan untuk memikirkan kekalutan tentangan UG.
Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah bakal ditulis di masa depan. Bahawa cadangan UG itu menjadi saksi bahawa ada sebahagian pemimpin pernah mengemukakan cadangan berkenaan atas 'maslahat-maslahat' yang sukar untuk dijelaskan. Generasi mendatang usah persalahan kepada mereka.
Tetapi apa yang hendak saya disebutkan disini ialah mengenai intipati atau bentuk UG yang pernah dicadangkan itu. Moga dengan penjelasan ini menjadikan mereka yang prejudis kepada UG sebelum ini tidak kekal marah dan terus jahil mengenainya sehingga memawa ke liang lahad demokrasi.
Sebelum ini kalau penjenguk masih ingat saya pernah menulis dalam blog ini; kata saya kenapa UG gagal ialah kerana Pas tidak membawa bersama bekas kawan saya dan meletakkannya di depan. Tegas saya kalau bekas kawan saya itu dibawa sama mungkin keadaanya tidak menjadi kalut sehingga cadangan itu terberai di tengah jalan. Siapakah bekas kawasan saya itu? Semua penjenguk tahu.
Kenapa saya berkata begitu kerana bekas kawan saya ini tahu apakah bentuk dan kebaikan UG itu. Dia menerima akan kepraktikalan (kebaikan dan keperluan umum) mengenai UG yang akan mewujudkan kerjasama yang bersifat win-win antara Pas dengan Umno. Bahkan UG itu juga adalah jalan terbaik bagi Pas dalam menyelesaikan kemelut politik ummah (agama dan bangsa) jikalau waktu ini Pas tidak berganding erat dengan PKR dan DAP.
Kenapa saya kata bekas kawan saya faham dan menerima pendekatan UG untuk kebaikan bersama? Kenapa? Cuba kita tenangkan sekejap otak dan lihat kepada apa yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan (DUN) Kelantan yang berakhir dua hari lepas. Bekas kawan saya itu, YB Datuk Husam Musa telah mencadangkan satu idea untuk melantik Adun pembangkang menjadi timbalan Exco. (Sila rujuk juga laporan Siasah terbaru di muka surat 5)
KOMEN : MAJORITI MELIHAT SISIH NEGATIF IDEA KERAJAAN PERPADUAN DAN LANSUNG TIDAK MAHU MELIHAT SISI YANG BAIK. YANG PASTI ADA PIHAK KETIGA YANG MELIHAT BAWA KEDUDUKAN MEREKA TERANCAM DENGAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN MELOBI SEHABIS-HABISNYA SUPAYA IDEA INI TIDAK MENJADI KENYATAAN TAPI KUASA MANUSIA ADA HADNYA BERBANDING KUASA ALLAH SWT.
1 comments:
Salam Perjuangan,
Sahabat2 penyokong kedaulatan melayu sekalian, saya ingin menyampaikan sekali lagi hasil kaji selidik yang dijalankan oleh company saya sebagai sambungan kepada komentar yang lepas. Syarikat saya beribu pejabat di Ipoh dengan pejabat di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Sekiranya anda masih ingat, ketika seblm PRU 12 , Tun Daim ada menyatakan tentang kawasan2 panas yang mungkin akan jatuh ke tangan pembangkang, negeri2 seperti Kedah, Selangor, dan Perak, adalah melalui kaji selidik yang dijalankan oleh company saya. Seperti yang telah saya nyatakan seblm ini, hasil kaji selidik di Perak, dgn taburan 2500 orang responden, undi melayu terbahagi kepada 2, BN dan PR dgn kelebihan kecil (3-4%) memihak kepada PR. Undi kaum Cina pula memeranjatkan adalah 90% kepada PR dan 10% kepada BN, dimana ini adalah peningkatan dari PRU yang lepas. Manakala undi kaum India pula ada 70% kepada PR dan 30% kepada BN. Jajaran penduduk di Perak membuatkan undi kaum selain Melayu adalah penentu kemenangan di Dun Perak. Kaji selidik ini dijalankan selamat sebulan yang bermula pada penghujung September yang lepas. Kepada sahabat2 sekalian, masih banyak yang perlu dilakukan, kerana realitinya sokongan kepada BN masih rapuh. Saya hanya berkongsi fakta kerana saya tak sanggup Perak jatuh ke tangan Cina lagi. Sekian. Wassalam
Post a Comment