EGM PAS : UMNO membina kekuatan, PAS memukul rakan
Sebenarnya lama sungguh hati ini ditahan. Melihat rentak tari yang melakar musuh di rumah sendiri. Di saat UMNO membina kekuatan, kita memukul rakan ! Hassan Ali dikatakan tidak cerdik dan berniat jahat kerana membuat kenyataan akhbar, sedangkan ianya sebagai exco boleh berunding sendiri. Maaf ! Kenyataan di dakwa tulisan TGNA di blognya juga bersifat media terbuka. KL Pos mengambil berita Pecat HJ Hadi ! Sedangkan TGNA adalah Mursyidul Am yang boleh memanggil sesiapa sahaja mengadapnya. Mengarahkan dalam mesyuarat agar membincangkan tentang Muktamar Khas !
MENGAPA PERLU MENJADI BAHAN PERBINCANGAN AHLI YANG SERBA KEBODOHAN INI ? Di dalam akhlak orang berilmu, ada perkara tertentu yang tidak perlu dibincang ummat yang jahil kerana orang jahil hanya akan menjadikannya lebih kusut dan berserabut. Apakah ianya hanya lontaran segulung benang kepada kucing agar mengusutkan lagi benang itu ?
Akhirnya mohon maaf buat TGNA yang tulisan ini bukan menjawab pandangannya, tetapi menjawab pandangan orang yang memahami dan berpendirian seperti ini. Berpegang kepada hujjah yang ditulis dalam blog TGNA bahawa mengkritik adalah budaya dibenar Islam, maka saya menumpang untuk meluahkan rasa hati. Bukan mengkritik ! Ianya mungkin apa yang tertulis di Blog TGNA yang saya tak pasti adakah ianya rentak tari sufi Tuan Guru sendiri ? Andai itu rentak tari sufi atau kasyaf yang lahir dari hati yang suci, saya mohon mengundur diri.
Sumber @ http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/di-saat-umno-membina-kekuatan-kita.html
0 comments:
Post a Comment