Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Saturday, October 3, 2009

Bagan Pinang : Perlukah Malaysia hulurkan bantuan kepada Indonesia?


Rasanya kamu pun dah sedia maklum yang negara jiran kita iaitu Indonesia baru sahaja mengalami bencana alam yang sangat dahsyat (terutamanya di Bandara Minangkabau, Padang) sehingga mengorbankan banyak nyawa serta merosakkan harta-benda. Keadaan ini telah menyebabkan Indonesia ‘terpaksa’ meminta bantuan luar untuk meringankan beban mangsa dan Malaysia telah bersedia untuk memberikan bantuan.
Namun begitu, atas ketegangan yang berlaku baru-baru ini terutamanya mengenai isu Tarian Pendet yang digunakan Discovery Channel untuk siri dokumentari Enigmatic Malaysia sehingga menyebabkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dibakar dan wujudnya skuad “Sweeping Malaysia” di Indonesia, banyak pendapat yang mengatakan bahawa Malaysia tidak sepatutnya menghantar bantuan kepada Indonesia.


Tangisan Padang

Berikut adalah antara pendapat tersebut:
buang masa jer tolong….. skuad sweeping malaysia yg pakai buluh runcing tu mana? mana 200 juta rakyat indon? bawakla batik banyak-banyak kat situ… leh buat tarian pendet skali… hiburkan mangsa gempa bumi tu…. 200 juta org pon mau mintak bantuan luar ke?
bagai bagi susu tapi di balas tuba, umpama melepaskan anjing yg tersepit, duri dalam daging, musut dalam selimut, gunting dalam lipatan – sesuai untuk orang2 indon…tak payah tolong la…dia orang bakar bendera Malaysia tanpa berfikir panjang mengenai sensitiviti rakyat Malaysia
Indonesia berkali-kali menganjurkan kempen ganyang Malaysia dan isu tarian pendet membawa kepada kempen “sweeping orang Malaysia”. Nampaknya Indonesia tetap perlu bantuan Malaysia dan jenis negara yang tidak tahu mengenang budi.
Namun Malaysia pula negara yang tak pernah belajar dari pengalaman berurusan dengan Indonesia. Saya selaku rakyat Malaysia dan pembayar cukai, tidak ingin wang rakyat dibazirkan membantu negara sebegini.
Hentikan bantuan ke Indonesia (Padang)!
Walaupun kebanyakkan pendapat mengatakan yang Malaysia tidak perlu menghantar bantuan kepada Indonesia, namun Wan sangat tertarik dengan pendapat kat bawah ni.
perlu diingat, bukan semua rakyat indonesia berperangai teruk…mungkin segelintir sahaja berperangai macam itu…
saudara seagama dengan kita ramai dalam kesusahan ditimpa gempa di padang sana…marilah kita tolong …semoga kita umat Islam makin bersatu dan mendapat kerahmatan Allah
Amin
Jika ditanya pada Wan pula, semestinya Wan akan kata yang Malaysia perlu menghantar bantuan kepada Indonesia atas dasar kemanusiaan even dah berlaku macam-macam perkara yang Wan sendiri rasa sakit hati. Pendapat kamu pula bagaimana? Sudi-sudilah kongsikannya yer.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

YANG GAMBI October 3, 2009 at 9:04 PM  

Salam, kalau difikirkan perbuatan tidak bertamadun rakyatnya dan bagaimana pihak berkuasa Indonesia melayani terhadap pelajar-pelajar Malaysia mangsa gempa sehingga dikenakan bayaran untuk mendapatkan bantuan, tak diberi makan dan bantuan. Adalah wajar Melaysia tidak perlu membantu apa-apa......

Tetapi atas dasar kemanusiaan, seagama dan bangsa serumpun, kita tidak perlu membalasnya dengan kejahatan.....

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP