Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang : PAS semakin terdesak untuk menang.

Polis menyifatkan laporan Harakahdaily hari ini berhubung serangan ke atas petugas parti itu di Bagan Pinang sebagai tidak benar kerana menyebut polis "tidak menjalankan tugas" semasa insiden berkenaan awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC II Abd Manan Mohd Hassan berkata kandungan laporan berkenaan, yang disiarkan akhbar web rasmi PAS itu, juga dianggap boleh "menjejaskan ketenteraman."

"Isi kandungan ini boleh menjejaskan ketenteraman (awam). Kita minta kepada penulis-penulis blog ini, kalau boleh, janganlah menulis perkara perkara yang tidak benar," katanya dalam sidang media di markas taktikal PDRM di Port Dickson petang ini.

"Bagi polis, kalau ada elemen-elemen yang tidak benar, kita akan siasat, dan mengambil keterangan daripada orang yang menulis."

Portal berita tersebut pagi ini mememetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang mempersoalkan sikap polis yang didakwa "lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis."

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Mohd Zaki Masrof pula menjelaskan ia cuma sedikit kekecohan yang melibatkan kira-kira 10 penyokong BN dan beberapa penyokong PAS dalam insiden itu kira-kira jam 3 pagi.

"Sebenarnya tidak berlaku apa-apa insiden. Polis ada di situ, ada berkumpul ramai-ramai, kita beritahu suruh bersurai, jadi mereka patuh dan bersurai," katanya pada sidang media yang sama.

"Penyokong BN lebih kurang 10 orang yang ditugaskan memasang poster di kawasan berhampiran, perkara ini tidak disenangi oleh penyokong PAS dan telah menegur sekumpulan penyokong BN yang memasang bendera tetapi pada ketika itu polis sampai dan pihak polis telah menasihatkan mereka supaya bersurai," tambah Mohd Zaki.

"Mereka akur dengan arahan polis dan tiada apa-apa insiden yang berlaku pada ketika itu," katanya.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan ke atas penulis serta kandungan laporan akhbar web berkenaan untuk menentukan sama ada ia mengandungi butiran yang benar.


"Kita akan siasat Harakahdaily ini secara terperinci, kita akan siasat adakah benar apa yang dilaporkan dalam Harakahdaily.

"Kalau didapati tidak benar, polis akan buat laporan (polis) balas terhadap laporan yang disiarkan dalam Harakahdaily ini. Kerana laporan ini boleh menjejaskan imej PDRM, ia mengatakan pihak polis tidak bertindak, padahal pagi tadi kita memang berada di kawasan tersebut," kata Mohd Zaki lagi.

Tambahnya, polis juga menasihatkan PAS supaya membuat aduan polis berhubung perkara berkenaan untuk memudahkan pihaknya menjalankan siasatan.

"Kalau yang macam ini, lagi cepat polis hantar. Apa lagi yang ini?," katanya, sambil menunjukkan cetakan daripada laporan itu yang bertajuk 'Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak'.

Laporan berkenaan turut memuatkan gambar yang didakwa mangsa, dalam keadaan kepalanya berdarah dan bajunya koyak di bahagian belakang, dalam insiden tersebut.

"Tapi kenapa dia (PAS) masuk blog dulu? Kenapa dia tidak bawa ke balai? Apa tujuan dia?" kata Mohd Zaki.

"Jangan kata polis tidak bertindak, buat aduan polis dulu. Janganlah sebar perkara yang tidak betul.

"Kita sudah nasihatkan mereka, jika ada apa-apa yang tidak puas hati supaya buat laporan polis. Jadi apabila tiada laporan polis, tiba-tiba keluar pula berita seperti ini. Kalau benar, tampil ke hadapan dan buat laporan polis supaya senang pihak polis menyiasat. Sebab yang menyiasat hanya pihak polis, jabatan lain tak ada lagilah." - Malaysiakini

KOMEN : KALAU MEMANG PASTI BERITA TERSEBUT DIADA-ADAKAN UNTUK MENDAPAT UNDI SIMPATI PASTIKAN PAS DIDAKWA. JANGAN KERANA DEMOKRASI SEMUANYA HALAL SEHINGGA MENGANCAM KEAMANAN NEGARA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

YANG GAMBI October 9, 2009 at 4:26 PM  

Kalau kat Kelantan, Kedah, Pulau Pinang bolehlah depa buat macam itu, ni kat Bagan Pinang, orang Bagan Pinang tak sebodoh mereka......

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP