Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang : PAS mendahului UMNO (Tak Rasmi)

Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini bersandarkan kepada hasil culaan yang dijalankan oleh PKR di semua daerah mengundi.

Ia termasuk culaan di kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina, kata ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh.

Fauziah mengetuai jawatankuasa strategi dan culaan PKR untuk pilihanraya Kecil tersebut.

Menurut Fuziah, beliau bersama-sama jenteranya telah menjalankan culaan di semua lapan daerah mengundi termasuk kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina.

Hasilnya, kata beliau, Umno mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51 peratus berbanding dengan 49 peratus untuk calon PAS.

"Maka saya optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan kita boleh melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN," katanya kepada Malaysiakini.

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas. Beliau memenangi kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Hari ini, 13,664 pengundi di Bagan Pinang, termasuk lebih 4,000 pengundi pos, akan menentukan siapa yang bakal menjadi sebagai wakil mereka. Pengundian akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

"Bagaimanapun saya berharap pengundi protes yang membantah pencalonan Tan Sri Isa sebagai calon BN, akan memberikan undi tersebut kepada calon PAS", kata Fuziah.

Fuziah juga memberitahu bahawa keputusan culaan itu tidak mengambil kira undi pos.

"Untuk bermain dalam zon selamat, saya meletakkan situasi "worse case scenario" seolah-olah calon PR tidak mendapat sebarang undi pos.

"Maka jika keputusan culaan ini kekal dan tidak banyak berubah sehingga tamat masa mengundi, maka saya yakin kita akan merampas kerusi Bagan Pinang kerana pada ketika itu sudah pasti calon kita akan mendapat undi pos walaupun tidak tahu berapa angkanya,” katanya.

Sumber @ http://biaqpila.blogspot.com/2009/10/pakatan-mampu-tawan-bagan-pinang-nizar.html

Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) mengira undi pos di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai kira-kira jam 10.30 pagi ini.Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat menjangkakan sokongan yang bakal diterima dari anggota pasukan keselematan yang mula membuang undi pada 8 Oktober lalu. Bagaimanapun, tambahnya, "ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

Sementara itu, mengulas perjalanan pilihan raya kecil DUN itu, Md Nor berkata, setakat ini peratusan keluar mengundi agak perlahan ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.

"Hujan pun baru berhenti. Lepas ini kita jangkan akan lebih ramai keluar. Mungkin lebih ramai daripada peratusan yang lalu," tambahnya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.
Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir Kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/114749

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP