Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang : Nizar kata HASSAN ALI gunting dalam lipatan

Dakwaan Hassan Ali bahawa Speaker DUN Selangor yang mengatakan bahawa Exco kerajaan Selangor daripada DAP yang mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan Selangor tidak becus menjalankan tugas adalah benar.

Beliau kata semua itu betul belaka. Exco kerajaan daripada DAP mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan tidak mampu menjalankan tugas, kerana itu dalam isu selcat, maka siasatan perlu lah terbuka untuk mengenal pasti pegawai-pegawai yang tidak berkemampuan.

Dakwaan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim bahawa beliau bercakap bohong adalah tidak benar. Exco dari DAP lah yang sangat menentang idea saya agar SELCAT menjalan siasatan secara tertutup agar para pegawai tidak diaibkan.

Dalam pekembangan lain Hassan Ali menghadiri suatu majlis kenduri bertempat di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja,Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor, Yb Dato Dr Hassan Ali telah sudi MENGIMAMKAN majlis tahlil dan solat isya berjemaah.

Ianya merupakan suatu majlis tertutup oleh sebuah famili UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat bersama dengan jiran tetangga dan Ajk masjid berhampiran.

Apakah ini akan menjadi bunga bunga tanda awal Dr Hassan Ali bakal meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin panas dengan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid LEMBU..? Beberapa bulan yang lalu isu Arak dan kini isu SELCAT.

Selesai mengimamkan solat isya, Hassan Ali telah memberikan tazkirahnya yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.

Ketika menyampaikan tazkirahnya itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan jualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam…!

“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah…! Yb kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Nizar kata.. Hassan Ali dah menjadi Duri dalam Daging Pakatan. Hassan Ali secara diam-diam bekerjasama dengan Umno demi mendapatkan jawatan Menteri Besar.

Dalam satu ceramah ditempat lain di Selangor, Nizar mendakwa ada maklumat bahawa beberapa ADUN Pakatan akan ikut Hassan Ali berkerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan baru di Selangor. Di khabarkan jika Umno menang besar di Dun Bagan pinang, Hassan Ali dan 6 orang ADUN Pakatan akan mengisthiarkan ADUN Bebas penyokong Umno.

Melalui pengisthiran tersebut, Khalid Ibrahim akan kehilangan sokongan DUN, atas itu terpaksa ikut JEJAK Nizar, Khalid Ibrahim akan kehilangan jawatan MB.

Sumber @ http://awaldanakhirzaman.blogspot.com/2009/10/nizar-kata-hassan-ali-musuh-dalam.html

KOMEN : AGEN ANWAR DIDALAM PAS SEMAKIN LANTANG MENGHENTAM PEMIMPIN MEREKA YANG TAK SEHALUAN DENGAN ANWAR KERANA MEREKA ADA BACK UP KUAT DARIPADA DAP DAN PKR.  KEPADA PEMIMPIN PAS YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN ANWAR JANGAN BIMBANG ALLAH BERSAMA ANDA. PKR DAN DAP TU TAK SEKUAT MANA PUN.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP