Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang : GEMPAR DARJAH kebesaran akan diTARIK di KELANTAN

Bagaimana pun isu ini sudah menjadi bualan dan soksek-soksek secara senyap di kalangan tertentu saja. Orang-orang kanan dalam kerajaan dan politik sudah pun mengetahui isu ini. Ia hanya menanti masa saja untuk gempar. Isunya ialah mengenai seorang ahli politik yang menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk daripada Sultan Kelantan khabarnya akan ditarik balik darjah kebesaran itu. Kalau perkara ini benar ia tentulah menggemparkan dan umum akan melihat ada masalah berlaku di Kelantan waktu ini antara orang politik dengan istana?

Isunya ialah mengenai seorang ahli politik yang menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk daripada Sultan Kelantan khabarnya akan ditarik balik darjah kebesaran itu. Kalau perkara ini benar ia tentulah menggemparkan dan umum akan melihat ada masalah berlaku di Kelantan waktu ini antara orang politik dengan istana?
 
Penarikan darjah kebenaran di Kelantan selalunya akan menjadi perhatian umum. Rakyat dan masyarakat akan melihat penarikan itu sesuatu yang mengaibkan bagi yang terlibat dengan penarikan itu. Ia akan dilihat orang berkenaan dimurkai pihak istana, kalau tidak masakan darjah kebesaran dan gelaran itu ditarik balik. Dan natijah seseorang dimurkai istana amatlah trajis dalam minda Melayu.



Usahkan darjah kebesaran ditarik balik, kalau seseorang ahli politik itu tidak dibenarkan menghadap ataupun mengiringi Sultan atau Pemangku Sultan, atau menghantar Sultan ke lapangan terbang sewaktu Sultan hendak berangkat pun sudah memalu dan mengaibkan. Ketiadaan seseorang pembesar negeri dalam majlis umum Sultan tanpa sebab dilihat umum orang itu sebagai bersalah atau tidak disenangi Sultan.

Di Kelantan sebelum raya lalu telah tersebar cerita mengenai seorang Exco kanan tidak termasuk dalam senerai orang-orang kenamaan yang diminta untuk mengiringi Sultan atau Pemangku Sultan. Nama Exco ini juga tidak disenaraikan sebagai orang-orang kenamaan yang dibenarkan untuk menghantar Sultan ke lapangan terbang. Bagi pihak pejabat Sultan tentu ada kesalahan atau kekhilafan besar dilakukan Exco ini maka nama Exco berkenaan digugurkan dan dihalang daripada bersalaman dengan Sultan atau Pemangku Sultan.

Rasanya nama Exco ini akan turut terbongkar apabila nama orang politik yang dikatakan akan ditarik balik darjah kebesaran itu tersebar di media massa tidak lama lagi. Biarlah di sini kita tidak mendahului pihak istana dalam memaklumkan perkara ini kepada umum. Biarlah sesudah pejabat istana mengesahkan baru kita menyebut satu persatu dan juga melukiskan kesalahannya. Kerja sultan dan istana jangan dilangkaui.

Sumber @ http://msomelayu.blogspot.com/2009/10/soksek-soksek-di-kelantan.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP