Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Sunday, October 18, 2009

1Malaysia : Zaid Ibrahim DERHAKA perintah AnWAR

Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jun lalu berharap parti itu tidak akan didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda mereka sendiri. Menurut beliau, PKR tidak boleh terikut-ikut dengan agenda kumpulan tersebut.

"Jangan terbawa dominasi kumpulan tertentu, ada yang masuk politik kerana bercita-cita mahu kaya, mahu jadi wakil rakyat atau Perdana Menteri," katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru di sini malam ini. Sementara itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, Zaid menafikan bercuti selama enam bulan daripada parti tersebut sebaliknya hanya berehat daripada terlibat dengan aktiviti Biro Politik PKR.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi membolehkannya menumpukan perhatian terhadap usaha dan gerakan untuk mengukuhkan kerjasama antara pakatan pembangkang.

"Saya bercuti daripada biro politik kerana terlalu banyak mesyuarat, jadi saya tidak dapat tumpukan perhatian terhadap usaha mengukuhkan parti," katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah laman web yang mengatakan beliau bercuti selama enam bulan daripada PKR berkuat kuasa serta-merta selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah.

Menurut laman web tersebut, hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah. Ekoran itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah. Ditanya tentang tindakannya yang mengingkari arahan Penasihat PKR itu, beliau berkata, ''perkara itu akan dijelaskan kemudian.''

Sumber @ Utusan Online

KOMEN : KITA TUNGGU KEMATANGAN DAN KEWARASAN POLITIK ANWAR MENGURUSKAN MASALAH AZMIN VS ZAID. LOGIKNYA ANWAR PASTI BERPIHAK PADA AZMIN DULU, SEKARANG DAN SELAMA-LAMANYA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP