Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, September 16, 2009

SELANGOR : 16 SEPT JADI KENYATAAN DI SELANGOR TAPI TIDAK UNTUK ANWAR


Ternyata dalam dunia politik Malaysia hari ini, rakyat tidak percaya kepada angka dan fakta. Rakyat lebih percaya kepada khabar angin dan persepsi. Bagilah berapa puluh meter pun fakta,rakyat tidak peduli. Tetapi cukup diberi setengah inci khabar angin atau fitnah rakyat akan percaya dan mereka akan tokok tambah supaya jadi beratus-ratus meter. Itulah realitinya politik Malaysia hari ini.

Menjelang 16 September tahun lalu, pelbagai khabar angin yang kita dengar,baik melalui mulut ke mulut, internet serta sms. Kononnya Ahli Parlimen A akan lompat pada sekian tarikh, Ahli Parlimen B akan lompat pada sekian tarikh. Manakala pada sekian-sekian tarikh pula parti komponen itu,ini akan keluar daripada BN dan menyertai Pakatan Pembangkang.

Siapa yang cipta semua khabar angin tersebut ? Tidak lain tidak bukan Anwar and The Geng. Khabar angin tersebut bukan sahaja tersebar dalam negara,malah hingga ke luar negara. Ianya telah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara dan menjejaskan ekonomi negara.

Tetapi, bila saya pula bercakap benda yang sama pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepada saya oleh juak-juak PKR. Adakah kerana saya bernama RBF, maka saya layak dicaci, dihina dan sebagainya. Apabila Anwar Ibrahim mencanangkan penipuan tentang 16.September, tidak pula anda mencacinya. Malah anda terus menerus percaya kepadanya. Adakah dia sudah menjadi wali ?

Apa yang saya cakap di blog saya seminggu dua ini hanya berdasarkan kepada apa maklumat yang saya dapat. Bila ianya akan berlaku saya belum pasti. Tiada orang sebodoh Anwar yang mendedahkan strategi secara terang-terangan. Akhir sekali sampai ke Taiwan dikejarnya. Yang lebih malang lagi adalah penyokong-penyokong yang bertaraf lembu yang percaya hidup-hidup pembohongan Anwar.

Jika apa yang saya cakap ini tidak benar, mengapa dalam masa 10 hari ini sampai tiga kali Khalid Ibrahim panggil semua Adun bermesyuarat. Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

Walau apa pun yang anda hendak kata kepada saya, semuanya saya terima. Tetapi satu saja ingatan saya WE HAVE THE NUMBERS !

Penubuhan Kerajaan baru di Selangor terpaksa dianjakkan kepada 20 atau 21 September kerana bimbang ketenteraman awam terganggu kerana keganasan yang bakal dilakukan oleh penyokong-penyokong PKR.

Tarikh diatas dipilih kerana pada waktu tersebut , penyokong-penyokong PKR kebanyakannya tidak berada di negeri Selangor kerana masing-masing pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.


SUMBER : BLOG RUANG BICARA FAISAL 

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP