Pemimpin PAS BOIKOT open house Nasharudin Mat Isa????
AKU TAK MAHU KOMEN APA-APA. PEMBACA BOLEH BACA NUKILAN MSO YANG AKU PETIK DARI BLOG MSO BERTAJUK BILA MATA BERTEMU MATA :
APAPUN cemuhan ke atas Nasharudin Mat Isa beliau adalah timbalan prresiden Pas yang menang jawatan itu secara sah dan halal menerusi muktamar. Biarlah beliau diejek sebagai tidak cukup saiz, pendek, berlagak, ada stail barat, makan di hotel, namun beliau adalah timbalan presiden Pas. Kalau takdir Abdul Hadi Awang menghadapi masalah dalam sehari dua ini, Nasharudin akan memangku jawatan Presiden Pas. Orang lain tidak berhak untuk memangkunya. Sejarah Pas akan mencatat namanya sebagai pemangku!
Taraf dan kedudukan Nasharudin sama dengan Muhyiddin Mohd Yassin, timbalan presiden Umno. Pendeknya antara beliau dengan Muhyiddin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Walaupun ada orang-orang tertentu dilihat sasa, bijak dalam bidang ekonomi, pandai memanipulasi isu dan keadaan dan sebagainya tetapi hakikat tidak dapat ditolak bahawa jawatan itu Nasharudin yang pegang. Nasharudin yang empunya.
Misi saya ialah untuk mengintai siapakah pemimpin Pas yang hadir mengunjungi timbalan presiden mereka itu. Ketika saya sampai orang ramai sudah mengerumini makanan dan pelbagai juadah yang disediakan. Kehadirannya boleh tahan juga. Walaupun 'dipulau' namun tetap meriah. Jenguk situ jenguk sini sambil bertanya, jelas tidak ada seorang pun pemimpin bawahan yang datang kecuali Ustaz Bakar Chik, Ustaz Abdul Ghani Shamusdin yang berada di meja orang biasa dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din berada di meja VVIP.
Ke mana mereka semua? Saya faham kalau tidak ada pemimpin Pas di rumah terbuka Nasharudin itu bahkan saya telah meramalkannya. Mungkin mereka juga kebetulan mengadakan rumah terbuka ataupun berada di luar kawasan. Ataupun terhalang oleh kesesakan lalu lintas. Almaklumlah sewaktu saya ke Bukit Mahkota hujan turun dengan lebat semacam dibomohoi agar menganggui rumah terbuka itu.
Adalah malang bagi Nasharuddin kerana beliau tidak menerima layanan seperti Muhyiddin walaupun dia juga berjawatan sama taraf dengan Muhyiddin Yassin. Pun begitu suasan tetap meriah. Para tetamu yang hadir tidak mengetahui apa yang berlaku. Nasharudin dan isterinya tetap tidak kecucupan tangan untuk melayani para tetamunya. Yang hadir semua golongan masyarakat yang sekaligus menunjukkan beliau mempunyai kenali ramai dan masih dihormati ahli-ahli Pas.
Enam ekor kambing jamnpari panggang semuanya disapu dan yang tinggal hanya besi pemanggang saja.
Saya tidak mahu tanya perasaan Nashardin dengan suasan itu. Apakah dia sedih atau tidak. Atau memang dia tidak mengundang pemimpin-pemimpin Pas lain kecuali dua tiga orang yang terpilih sahaja. Tetapi di sebalik kedukaan itu ada kemeriah lain dan sejarah buatnya. Beberapa orang tetamu istimewanya hadir seolah mahu mengubati kemuraman kerana tidak dikunjungi teman sepejuangan dalam parti sendiri.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan rombongannya dan Pengerusi Syarikat Air Selangor (Syabas) Razali Irbahim serta Pengerusi DAP, Lim Kiat Siang, Ketua pemuda DAP dan Exco Selangoer, Teresa Kok hadir dan menjadi tetamu istimewa. Kehadiran Khairy terutamanya menjadi sejarah kerana inilah pertama kali Ketua Pemuda Umno menghadiri rumah terbuka pemimpin Pas.
Kesimpulannya ternyata pemimpin DAP dan Ketua Pemuda Umno lebih menghormati dan memahami makna aidifitri berbanding dengan sesetengah pemimpin Pas yang lain. Hendaknya kehadiran Khairy ini tidak akan dijadikan modal murahan oleh sesetengah pihak untuk terus memburuk dan prejudis timbalan presiden Pas itu.
0 comments:
Post a Comment