Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, September 26, 2009

MSO : Khalid Samad memang DENDAM Hassan Ali

Pada saya, apa yang saya nampak kecaman Khalid terhadap Hassan itu bukan isu Selcat. Itu hanya sampingan sahaja. Tetapi yang sebaliknya ialah kerana rasa dendam Khalid kepada Hassan Ali. Kecaman berterusan itu untuk menjatuhkan Hassan di Selangor. Umum tahu beliau tidak senang dengan Hassan Ali bukan baru. Ada beberapa perisitwa yang menjadi Khalid iseng dengan Hassan Ali. Khalid hanya menjadi kucing liar di sebalik isu Selcat ini.

Punca pertama yang sangat menekan Khalid ialah apabila beliau dipecat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor oleh Dr Hassan Ali setahun lepas. Pemecatan itu menjadi titik mula kebencian Khalid kepadaa kepimpinan Hassan Ali. Khalid tidak dapat menerima dan menduga Hassan bertindak demikian terhadapnya.

Tindakan Hassan Ali itu memang tepat. Sesiapa pun yang tidak dapat berkerjasama dengan satu team dan menjaga amanah parti perlu dipecat. Di Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil kangkah yang sama. Mana-mana pemimpin yang tidak perform akan dipecat dan diganti dengan muka baru waima orang itu adalah besennya sendiri. Di Kelantan tidak ada pula yang memprotes sampai suruh Nik Aziz berhenti. Memang tidak ada guna kalau menyimpan lipan dalam selimut.

Usaha Khalid untuk menjatuhkan Hassan berterusan. Dalam muktamar lalu Khalid sangat berharap si baju petak-petak merah menang sebagai timbalan presiden Pas. Jika si baju petak-petak merah menang mungkin ada tuah kepadanya untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor. Malangnya si baju petak-pertak merah tertiarap dalam muktamar berkenaan. Jadi impian Khalid turut sama sirna, lebih malang lagi Hassan Ali terus diberi kepercayaan untuk memimpin Pas Selangor.

Dendam dalam politik tidak mudah berlalu. Orang politik akan melalukan apa saja dan mengambil kesempatan atas apa sahaja untuk kepentingan dan kemenangannya. Kerana itu bagi Khalid, pantang Hassan Ali bercakap beliau akan kritik. Apa sahaja yang Hassan Ali buat beliau akan bantah dan diperbesar-besarkan untuk menarik sokongan umum bagi mencapai agenda peribadinya. Kalau takdir Khalid nampak Hassan Ali berak menghadap kiblat pun beliau akan dedahkan dan jadikan isu.

Jadi isu teguran Hassan terhadap cara Selcat menyoalsiasat para pegawai kerajaan ini sengaja diperbesarkan oleh Khalid Samad untuk memburukkan Hassan Ali. Ia ditimbulkan untuk menunjukkan sikap Hassan tidak sebulu dengan kerajaan Pakatan, dan mengharapkan orang Pakatan akan marah dan kecam kepada Hassan. Itu tujuannya dan motifnya.

Sekiranya Khalid mendinginkan kepalanya, teguran Hassan Ali itu ia tidak akan menjadi masalah. Hassan Ali bukan tidak setuju dengan perwujudan jawatan kuasa berkenaan, tetapi tidak setuju dengan caranya soalsiatnya. Caranya menyoal pegawai kerajaan secara terbuka tidak manis kerana ia mengaibkan pegawai berkenaan. Cara itu boleh mengeruhkan lagi hubungan pegawai kerajaan dengan kerajaan, dan kalau ini berlaku ia memberi masalah kepada kerajaan.

Kena ingat pegawai kerajaan adalah agen pelaksana. Kalau mereka sebotaj ataupun bersikap dingin ia menyebabkan kerajaan yang susah. Jentera kerajaan akan jam dan semua kerja akan tergenda. Pada masa ini pun berapa urusan kerajaan bergerak perlahan kerana tidak ada komitmen tinggi dari pegawai kerajaan. Khabarnya semasa diadakan majlis sambutan Hari Malaysia 16 September peringkat Selangor baru-baru ini pegawai kerajaan telah memboikotnya. Dalam keadaan ini kalau perkara itu dibuat ke atas mereka ia menambahkan lagi masalah.

Teguran Hassan itu bagi memastikan pegawai kerajaan bersikap lunak dengan kerajaan. Itu sahaja. Apakah dengan membuat cadangan itu Hassan perlu tinggalkan Pakatan atau keluar dari Pas dan lepaskan jawatan pesuruhjaya kepada Khalid Samad? Yang kecam Khalid itu bukan pun ramai hanya Khalid seorang saja. Kalau yang setuju hanya mereka yang sewaktu dengan Khalid Samad saja dana beberapa rakan tea tarik Khalid di luar Selangor. Secara keseluruhan Hassan Ali masih mendapat sokongan ahli Pas.

Cuma dalam hal ini Khalid bertuah kerana mendapat kerjasama dari beberapa wakil rakyat DAP Selangor yang turut sama mengecam Hassan Ali. Antaranya ialah Tony Pua dan Jef Ooi yang turut sama mengecam Hassan Ali sebagai hendak menjadi hero membela pegawai kerajaan dan hipokrit. Tindakan Tony ini tidak menghairankan kalau dia bersikap lebih sudu dari kuah. Yang hipokrit bukan Hassan tetapi Pua.

Kenapa ahli DAP lain tidak ikut sama mengecam Hassan Ali. Kalau diperhatikan mereka yang mengecam Hassan Ali itu adalah ahli atau wakil rakyat DAP yang bermasalah. Sama juga seperti Pas, DAP Selangor juga mengalami krisis dalaman sesama sendiri. Satu pihak berketuakan Ronnie Liu manakala satu pihak berpihak kepada Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor.

Kesimpulannya isu Selcat yan timbul hari ini tidak sepatutnya sampai ada cadangan orang itu dan orang ini keluar gabungan dan sebagainya. Ia sepatutnya diselesaikan dengan baik dan diplomasi dan semangat uhkwah Islamiah yang tinggi. Pertelingkah dan perselisihan pandangan dalam apa jua perkara biasa. Malahan pertelingkahan itulah bakal menghasilkan natijah bermutu. Bukankah semua tahu baca dan faham maksud hadith? Jangan membaca hadtih untuk dituju kepada orang tetapi tujulah kepada diri sendiri.

KOMEN : PETIKAN DI ATAS ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA ULASAN MSO DI BLOGNYA YANG BERTAJUK PERANG NAFSU DI SELANGOR. TULAH RAMAI YANG KATA KHALID NI ORANG ANWAR YANG MEMANG NAK ROSAKKAN PAS SUPAYA PKR MENJADI PARTI UTAMA BUKAN PAS DALAM PAKATAN. MACAM MANALAH NAK MEMERINTAH NEGARA JIKA PERPADUAN DALAM PARTI PUN ADA GUNTING DALAM LIPATAN.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP