Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, September 10, 2009

MALAYSIA : NEGARA BISNIS KE 4 TERBAIK DI ASIA

Malaysia jatuh tiga anak tangga ke tempat 23 daripada sejumlah 183 ekonomi yang dikaji selidik dalam Laporan Melaksanakan
Perniagaan 2010 Bank Dunia yang dikeluarkan hari ini.

Berada di tempat keempat secara keseluruhan di Asia, Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, muncul tempat yang paling mudah untuk mendapatkan kredit di dunia, dengan kos yang paling murah di Asia untuk mengeksport setiap kontena pada harga AS$450, dan kedua paling rendah untuk mengimport pada AS$450.

Malaysia, berada di tempat ke-24 secara keseluruhan dua tahun lepas, diletakkan pada tempat keempat dalam kategori melindungi pelabur, membayar cukai (24), urus niaga sempadan bersilang (35), memuktamadkan perniagaan (57), menguatkuasakan kontrak (59), pengambilan pekerja (61), pendaftaran hartanah (86), memulakan perniagaan (88) dan berurusan dengan permit pembinaan (109).

Bank Dunia berkata Malaysia telah meringan beban pemula perniagaan dengan memperkenalkan pusat sehenti baru bagi menyelaraskan pendaftaran, sambil menambah yang perkhidmatan itu masih baru dan kerajaan merancangkan mengadakan kempen kesedaran orang ramai mengenai sistem baru ini.

Selain daripada itu, Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia (Maicsa) telah mengurangkan caj diperbadankan dan yuran korporat.

"Menguatkuasa kontrak menerusi mahkamah juga telah dibuat lebih mudah dengan menambah kakitangan serta tarikh akhir yang lebih tegas serta pemendekan tempoh menfailkan kes dari 45 hari kepada 30 hari.

"Dalam pada itu, mahkamah komersial telah disusun semula untuk melupuskan perkara-perkara interlocutory dengan lebih licin," kata bank itu.

Singapura pula ialah ekonomi yang berada di tempat teratas untuk kategori meringankan pelaksanaan perniagaan untuk tahun keempat berturut-turut dengan New Zealand di tempat kedua dan Hong Kong tempat ketiga.

Thailand berada di tempat ketiga di Asia dan ke-12 di dunia, satu anak tangga lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Di kalangan negara Asia Tenggara yang lain, Vietnam di tempat ke-93, Filipina di tempat ke-144, Laos ke-167, Indonesia ke-122, Kemboja ke-145 dan Brunei ke-96.

Bank Dunia berkata Singapura memperkenalkan perkhidmatan berdasarkan dalam talian dan komputer untuk meringankan syarikat pemula perniagaan, permit pembinaan dan pemindahan hartanah.

Menurut laporan "Melaksanakan Perniagaan 2010: Pembaharuan dalam Tempoh Sukar", antara Jun 2008 dan Mei tahun ini, sejumlah 131 daripada 183 ekonomi seluruh dunia telah membuat perubahan kepada peraturan perniagaan.

Indonesia, pembuat pembaharuan paling aktif di rantau ini, bergerak ke tangga 122 daripada tangga 129 untuk penarafan mengurangkan beban global melaksanakan perniaggan.

"Peraturan perniagaan boleh memberi kesan kepada bagaimana baiknya syarikat kecil dan bersaiz sederhana berhadapan dengan krisis dan merebut peluang apabila pemulihan bermula," kata Penelope Brook, Pemangku Naib Presiden untuk Pembangunan Sektor Kewangan dan Swasta Kumpulan Bank Dunia.

Beliau juga berkata kualiti peraturan perniagaan membantu menentukan betapa mudahnya syarikat bermasalah dapat bertahan dalam tempoh sukar. - Malaysiakini


KOMEN : JAUH SANGAT KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN INDONESIA YANG MENJADI IDOLA ANWAR TU ... JOOM KEMPEN BOIKOT INDONESIA ... BOIKOT PAKATAN JUGA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

13 comments:

Anonymous,  September 10, 2009 at 3:04 PM  

bang.. apsal iklan nuffnang berterabur.. letak la betul2. :p

Mzeed1998 June 22, 2021 at 1:32 PM  

รับเครดิตฟรี

Kagd112xfak.zza90 June 28, 2021 at 3:02 AM  

รับเครดิตฟรี

MZ9 June 28, 2021 at 3:10 AM  

ขอรับ เครดิตฟรี

Unknown June 28, 2021 at 3:56 AM  

ขอรับเคดิตฟรี

Superman June 28, 2021 at 7:13 AM  

ขอฟรีเครดิต

เชษฐ สันสะกิด June 28, 2021 at 8:42 AM  

ขอรับเครดิตฟรี

Unknown June 28, 2021 at 10:43 AM  

ขอรับเครดิตฟรี

Unknown June 29, 2021 at 12:28 AM  

รับเครดิตฟรี

Unknown July 4, 2021 at 3:12 AM  

รับเครดิตฟรี

Madboy July 9, 2021 at 6:55 PM  

รับเครดิตฟรี

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP