Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, September 1, 2009

KUIL SHAH ALAM : KAU FIKIR KERAJAAN PAKATAN NAK TOLONG KE????

(DAPATKAN PENAWAR SELSEMA BABI)  Penduduk Seksyen 23 hari ini menyalahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco kerajaan negeri, Dr. A. Xavier Jayakumar sebagai pencetus yang mendorong demonstrasi mengarak kepala lembu untuk membantah pembinaan kuil ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jumaat lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri menegaskan, jika Menteri Besar dan pemimpin lain bersikap adil, ia tidak akan berlaku.

Sebaliknya, tegasnya, kejadian itu boleh dielak sekiranya kerajaan negeri membincangkan isu pembinaan kuil tersebut terlebih dahulu dan mendengar rintihan serta masalah dihadapi majoriti penduduk Islam di situ jika ia dibina.

Beliau berkata, pihaknya memang tidak merancang untuk membawa kepala lembu tersebut semasa demonstrasi diadakan.

Bagaimanapun, menurutnya, mungkin kerana ada individu yang marah dengan kerajaan negeri kerana bersikap berat sebelah, perkara itu boleh terjadi.

''Jadi, saya minta Menteri Besar dan Xavier bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana apa yang saya faham, kepala lembu itu ditujukan kepada kedegilan mereka yang enggan mendengar masalah serta rintihan rakyat.

''Ia tidak sekali-kali dituju kepada masyarakat India dan jauh sekali menghina penganut kaum itu.

''Inilah akibatnya jika pemimpin yang berat sebelah dan tidak adil. Apabila rakyat marah, mereka salahkan rakyat yang melampau pada hal mereka yang menjadi punca apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pihaknya juga kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail yang langsung tidak mempedulikan penduduk setelah apa yang berlaku.

Malah, katanya, penduduk Seksyen 23 yang memperjuangkan agar cadangan pembinaan kuil di kawasan mereka dihentikan seolah-olah dianaktirikan dan dipinggirkan oleh kedua-dua pemimpin itu.

''Mana janji mereka sebelum menang pilihan raya dahulu untuk memberi keadilan kepada semua. Bukankah kami juga rakyat yang patut dilayan dengan adil," ujarnya lagi.

Ibrahim turut mengakui beliau adalah antara yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kejadian mengarak kepala lembu di bangunan SUK Jumaat lalu.

''Kami akan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis kerana perjuangan kami adalah untuk membantah pembinaan kuil bukan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di negeri yang aman ini," katanya.

Jumaat lalu, kira-kira 200 orang penduduk Seksyen 23 di sini bertindak mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan kerajaan negeri itu sejurus selepas solat Jumaat dengan berarak sambil membawa kepala lembu ke bangunan SUK.

Tindakan itu adalah lanjutan tindak balas mereka yang membantah cadangan mahu mengalihkan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan mereka di Seksyen 23 yang terdiri daripada majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun demonstrasi sambil mengarak kepala lembu itu mendapat bantahan pelbagai pihak kerana dikhuatiri mencetuskan ketegangan kaum.

Polis yang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis serta Akta Hasutan memberi jaminan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan.

sumber - utusan

KOMEN : SEMEMANGNYA PAKATAN DAN KHASNYA ANWAR INGINKAN ISU INI BERAKHIR BEGINI JADI BOLEHLAH BELIAU MEMAINKAN SENTIMEN SUPAYA RAKYAT MARAH KEPADA KERAJAAN. LIHAT JE LAH BLOG-BLOG PAKATAN YANG BETUL-BETUL MEMAINKAN ISU INI. KAU KIRA ANWAR ADA HATI KE NAK TOLONG ... YANG PENTING DIA ADA ISU UNTUK LONJAKKAN NAMA DIA JADI HERO DAN NAK PM ....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP