Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, September 19, 2009

Berhati-hati Pulang ke Kampung


Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini.


Mereka ialah Zainuddin Zainal Abidin, 24, dan kakaknya, CT Zubaidah, 25, serta rakan mereka Izura Yusof, 22. Dua beradik itu berasal dari Sri Manjung, Sitiawan manakala Izura pula dari Kamunting, Taiping.
Kemalangan berlaku ketika hujan renyai kira-kira pukul 10.30 pagi. Kereta jenis Peugeot dinaiki tiga mangsa bertembung dengan sebuah lori 12 tan di Kilometer 60, Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang.
Ketua Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar memberitahu, kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut remuk teruk manakala kepala pemandu kenderaan dikatakan terputus.

“Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit.

“Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

Tambah beliau, berdasarkan kesan brek di lokasi kejadian, pemandu lori berusia lingkungan 40-an itu cuba memberhentikan kenderaannya bagi mengelak daripada bertembung dengan kereta tersebut, namun gagal.
Katanya, pasukan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kereta.
“Di dalam kereta itu, ditemui beg pakaian mangsa termasuk baju kurung dipercayai mahu digunakan untuk menyambut hari raya nanti,” ujar beliau.

Katanya, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengkebumian. - Utusan

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

ajijasin September 19, 2009 at 11:37 PM  

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Datuk Senara anak bangsawan,
Tanah Jasin dbuka belah;
Syawal dtg penganti Ramadhan,
Maaf dpohon silap dan salah...

Datuk Senara mmbuka tanah;
Tanah brtuah dinama Jasin,
Buat sahabat dan seluruh ummah,
Salam aidilfitri maaf zahir batin...***

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP