Bagan Pinang : Khalid Ibrahim Biar PAPA janji tetap jadi MB
Mahkamah telah menetapkan tarikh Oktober 27hb, 2009 sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggantung perintah mahkamah terhadapnya untuk membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Menurut laporan berita mStar, Khalid mendakwa Bank Islam telah menjual saham Guthrie miliknya dan menyebabkannya menanggung kerugian. Saman balik akan didengari mahkamah pada Oktober 27hb 2009 juga.
Usaha untuk memohon penggantungan perintah dan saman balik hanyalah satu taktik untuk melengah-lengahkan proses mahkamah. Lama kelamaan Khalid akan kehabisan helah mahkamah dan akhirnya perlu menjelaskan hutangnya. Jika dia gagal, dia akan diisytihar muflis.
Kes Khalid ini tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin yang patut menunjukkan sikap tanggungjawab dalam pengurusan kewangannya. Al Quran ada terdapat ayat yang menuntut orang berhutang wajib membayar balik. Mengapa perlu dikekalkan lagi Khalid sebagai Menteri Besar dengan masaalah hutang sedemikian?
Pada Ogos 21hb, 2009 baru-baru ini, Khalid telah diperintah mahkamah supaya membayar sebanyak RM66.67 juta kepada Bank Islam bagi pinjaman untuk membeli opsyen tawaran saham Guthrie pada tahun 2001.
Usaha Khalid untuk menyaman tidak ada erti langsung melainkan permainan teknikaliti undang-undang. Apabila kolateral saham sudah jatuh dari paras harga tertentu, Bank mempunyai hak untuk menjual saham yang disimpan sebagai kolateral untuk mengekalkan nisbah nilai pada harga tertentu.
Pendikan cerita, hutang mesti dibayar. Adakah meyakinkan jiwa rasa rakyat melihat Menteri Besar cuba menggelecek mahkamah dari membayar hutang?
Wakil rakyat perlu mengosongkan kerusi mereka jika didapati muflis. Jika Rohaizad yang juga menghadapi masaalah kewangan menjadi isu di PRK Permatang Pasir, Pakatan sepatutnya lebih bertanggungjawab tidak meletakkan seorang yang bermungkinan menghadapai masaalah kewangan dari bertanding sebagai wakil rakyat, tidak kira Parlimen atau DUN.
Sudahlah itu, Khalid dilantik pula menjadi Menteri Besar. Bukankah ini membawa risiko pentadbiran negeri untuk meletakkan orang bermasaalah kewangan sebagai Menteri Besar.
Orang yang mempunyai masaalah kewangan tetapi berkuasa membuat keputusan kewangan untuk kerajaan negeri terbuka kepada godaan untuk mengambil jalan mudah menyelesaikan masaalah peribadi mereka dengan menyeleweng dana awam.
Pakatan perlu menuntut Khalid mengosongkan jawatan Menteri Besar dan tidak boleh lagi menunggu Khalid di isytihar muflis baru sedia ambil tindakan?
Yang menghairankan, bagaimana seorang yang berhutang berpuluhan juta dengan Bank dan tidak mampu membayar boleh memiliki dan duduk di dalam mahligai serba besar dan indah di atas bukit yang nilai hartanah sangat mahal?
Orang Perak selalu berkata, “Biar papa asal bergaya” Adakah begitu Khalid menguruskan kewangan negeri?
sumber - selangordaily
0 comments:
Post a Comment