Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, September 29, 2009

AL-BAKISTANI BELASAH HASSAN ALI LAGI

Seperti yang sudah dijangka dengan apa yang dikeluarkan kenyataan oleh Dato’ Hasan Ali sejurus mengadakan mesyuarat Khas PAS Selangor semalam. (sila klik).

Masakan tidak, mesyuarat itu diadakan pada waktu petang, sedangkan pada waktu paginya, ketua Penerangan PAS negeri Selangor sudah menyebut dalam akhbar bahawa beliau menjangkakan sokongan ramai akan diberikan kepada Dato’ hasan Ali. (sila klik)

Selepas membaca berita tersebut, aku terus menutup laptop, untuk menghadiri satu majlis rumah terbuka ”orang besar” di Shah Alam. Dalam perjalanan, salah seorang YDP PAS kawasan dalam negeri Selangor telefon, memaklumkan bahawa beliau ditelefon oleh salah seorang ahli dewan harian, meminta agar memberikan sokongan padu kepada Dato’ Hasan Ali. (sila klik)

Apabila dimaklumkan sedemikian, baru aku faham maksud berita yang menukilkan kenyataan Ketua Penerangan PAS negeri Selangor tersebut.

Justeru, tidak hairanlah, semalam aku dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat Khas tersebut, ada beberapa YDP PAS kawasan yang memberi sokongan terhadap Dato’ Hasan Ali dengan membaca teks yang seperti sudah disiapkan sahaja.

Padaku, itulah kebiasaan dalam berpolitik dalaman PAS. Malah, ahli dewan harian tersebut, memang sudah dikenali sebagai orang yang terlalu mahir dalam melakukan ”lobi” seperti yang berlaku semalam. Secara peribadi, semasa berjawatan dahulu pun, orang tersebut pernah melakukan tindakan yang sama terhadapku.

Itu tidak penting bagiku, tetapi yang paling penting disini, Dato’ Hasan Ali sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya PAS selangor menyokong penuh tindakan Dato’ hasan Ali.

Secara peribadi aku beranggapan, kesan disebalik kenyataan ini memberi kesan buruk kepada PAS Selangor itu sendiri. Ini kerana, dengan kenyataan tersebut, pasti perompak-perompak dari UMNO akan kegembiraan, kerana sebahagian misi mereka untuk menutup penyelewengan mereka sudah berjaya. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti rakyat yang sudah sedia marah kepada UMNO/BN akan marah kepada PAS.



Terus baca @ http://g-82.blogspot.com/2009/09/selcat-benarkah-cara-siasatannya.html 


KOMEN : AKU ADA TERBACA KOMEN KAT BLOG MSO KATANYA AL-BAKISTANI NI PROKSI KHALID SAMAD YANG LEBIH PRO ANWAR DARIPADA TGHH WALAUPUN DIA WAKIL PAS. AL-BAKISTANI TERUS MENGUTUK HASSAN ALI DAN JUGA UMNO. KESIANKAN PAS NI ORANG-ORANG DALAM PUN HENTAM HABIS-HABISAN HASSAN ALI.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP