Semuga KeMESRAAN PM dan NIK AZIZ berterusan demi ISLAM dan RAKYAT.
Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.
"Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu," kata Najib pada sidang akhbar berhubung lawatannya ke Brunei Darussalam yang berakhir pagi ini.Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.
Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, Perdana Menteri berkata, hubungan dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang bukan hubungan yang perlu dibangunkan dari segi keserasian, yang bererti ia tidak boleh berlaku pada tahap keserasian yang tinggi dalam masa yang singkat.Tetapi katanya, apa yang penting keikhlasan dan sikap saling hormat menghormati yang dapat ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin.
"Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya
Teringat KOMEN di BLOG MSO ketika TG Nik Aziz Menyambut PM di airport KB :
Dalam penjelasannya Najib tidak menunjukkan sikap angkuh dan kebenciannya kepada kerajaan Kelantan. Bahkan beliau membahasakan Tok Guru sebagai Tok Guru. Saya rasa inilah perdana menteri pertama yang membahasakan diri Nik Aziz sebagai Tok Guru. Sikap ini menjelaskan ketinggian akal budi Najib dan penghormatannya kepada Tok Guru.

Untuk sedia melaksanakan itu beliau nampaknya tidak memberi syarat tertentu hanya meminta Pas tidak menimbulkan soal-soal yang boleh menyinggungkan hati orang Umno saja kalau perlukan bantuan. Ertinya Najib tidak mengenakan syarat anih yang menyukarkan Tok Guru melaksanakannya. Ada logiknya juga, adalah canggung untuk Najib memenuhi permintaan itu kalau partinya terus dikritik Pas.
1 comments:
Agaknya org-org sekeliling TGNA yg kata DSNTR tak baik, bila bertemu baru tahu kemesraannya.
Kita harap kemesraan ini berkekalan utk kebaikan org Islam di Malaysia.
AMIN.
Nani Cheras
Post a Comment