Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, August 5, 2009

PAS SELANGOR : KENYATAAN NAKAL HASSAN ALI

Pas Selangor juga mendesak kerajaan negeri agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri bagi menyekat kontroversi seumpama itu berulang.Katanya, arahan turut akan dikeluarkan kepada seluruh ahli Pas negeri untuk mengambil langkah-langkah wajar agar usaha membebaskan umat Islam daripada arak dilakukan secara lebih serius dan berterusan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Tambahnya, Pas Selangor juga akan segera mengemukakan draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasakan di peringkat PBT bagi membolehkan undang-undang sedia ada dapat digunakan dengan lebih berhemah.''Kita juga akan mencadangkan agar minuman keras tidak boleh dijual di kawasan majoriti penduduk Islam seperti di beberapa kawasan di Shah Alam dan Bangi dan bagi kedai yang menjual minuman keras pekerjanya haruslah bukan beragama Islam.

''Bagaimanapun Pas Selangor tidak pernah menuntut arak ini diharamkan daripada dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam," tegas beliau.Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohamad Shahir yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, Pemuda Pas Selangor akan menghantar memorandum kepada Ronnie pada hari ini atau esok bagi membantah tindakannya campur tangan dalam tugas penguatkuasaan PBT.

Selain itu, Pemuda Pas juga melakukan demonstrasi aman di kawasan masjid pada Jumaat ini bagi mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan ke atas Ronnie dengan menukar portfolionya.

Komen Al-Bakistani terhadap tindakan YB Hassan Ali UNTUK KITA FIKIRKAN :  Diharapkan, pimpinan PAS selangor lebih bijak bermain dengan isu ini, iaitu selepas kenyataan ”nakal” hasan ali yang terpancul dalam mstar. Juga perlu diambil perhatian lagi, dibimbangi isu ini akan memberi kesan buruk kepada PAS untuk menghadapi PRK Permatang Pasir yang tidak lama akan berkunjung tiba.

Menjaga hubungan baik antara parti-parti dalam selangor; dalam usaha hendak menjahanamkan bapa kezaliman dan kesyirikan di Malaysia (UMNO/BN) adalah satu kemestian. La-siyama, dengan hubungan baik antara parti-parti ini merupakan ruang paling berkesan dalam usaha memahamkan DAP dengan Islam.

Tindakan ini, berasaskan kepada kaedah fiqh awlawiyyat, fiqh muwazanat dan fiqh Maalat At-Tatbiq atau dalam istilah lain disebut ”ijtihad tanzili”.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

5 comments:

Anonymous,  August 5, 2009 at 8:27 AM  

sandiwara pas selangor ... dapat arahan Anuawar ker weyy utk berlakon ni???

Anak Lenggong August 5, 2009 at 8:28 AM  

Jangan terlalu percaya akan kenyataan yang dikeluarkan oleh hassan ali dan puak pas ini..kena berhati-hati untuk menilainya. Pas ataupun pakatan rakyat akan mewujudkan berbagai isu dan menghalalkan perbagai cara untuk mereka mempengaruhi pengundi. Ingatkan kembali kes merobohkan kandang babi dikedah menjelang pilihanraya dimanik urai melibatkan pas dengan dap...apa yang terjadi..???..kecoh sekejap untuk dijadikan isu bagi menyakinkan rakyat kononnya demi islam pas sanggup kehilangan rakan seperjuangan ..tetapi lepas seminggu mereka bercamtum sekali.

Perkara ini lah yang dilakukan menjelang pilihanraya dipermatang pasir..mereka akan mewujudkan isu yang boleh memenangi hati pengundi melayu..dan memainkan sentimen islamik tetapi tengok lah kocakan dan perkara ini semua sengaja diujudkan bagi meraih simpati pengundi menjelang pilihanraya..so berhati-hati jangan terlaku percaya dan mengikut rentak pas dan pakatan rakyat.

kunyiil August 5, 2009 at 10:12 AM  

salam...
4 watak khalifah ar rasyidin pon tak sama... apa yg penting meletakkan islam teratas mesti di teruskn walaopon org kapir membencinya...hehehe teringat takbir raya

denaihati August 5, 2009 at 10:23 AM  

Yang ni aku tak nak berburuk sangaka dengan Hassan Ali tapi kalau dia main sandiwara demi nak menang pilihanraya...tunggu je lah siksaan Allah nanti...

Anonymous,  August 5, 2009 at 10:48 AM  

Balik2 skrip yang sama jer bila ada pilihanraya kecil.

PAS – suruh gugurkan YB Ronnie
DAP – akan ugut nak keluar dari pakatan
PKR – Bang Nuar akan panggil mesyuarat
BN – akan kata pakatan dah goyang
klimaksnye : Semuanya selesai atas muafakat cara pakatan selepas bang Nuar panggil mesyuarat. Last2 sekali dikatakan ni semua konspirasi BN.

Tukar2 le skrip sket. Tambah makhluk asing dari planet Marikh ke aper ke. Dah selalu sgt la skrip ni digunakan. Panel skrip kena lebih kreatif supaya penonton tak kebosanan serta boleh mengagak kesudahan skrip ni.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP