Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, August 12, 2009

Kes Liwat AnWAR : DAH 4 PERMOHONAN UNTUK LAMBATKAN SEBUTAN KES...BERAPA LAGI AGAKNYA????

Selepas tiga permohonan dikemukakan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan satu lagi permohonan berkaitan kes liwat bekas pembantunya. Permohonan demi permohonan yang difailkan oleh Anwar telah menyebabkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada 1 Julai lalu berkali-kali dijadualkan semula.Kali ini, Anwar mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar pasukan pendakwa raya sedia ada mengecualikan diri daripada terlibat mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes tersebut.


Anwar menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman serta Noorin Badaruddin sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam permohonan yang disertakan dengan afidavit sokongan setebal 50 muka surat, Anwar turut menamakan pendakwa raya dan kerajaan Malaysia sebagai responden kelapan dan kesembilan.
Melalui permohonan itu, Anwar juga menuntut perintah perisytiharan bahawa pasukan pendakwaan yang terdiri daripada responden pertama hingga ketujuh tidak layak dan dilarang mewakili atau mengendalikan pendakwaan, prosiding atau rayuan berkaitan kes liwat tersebut.

Selain perintah penangguhan, Anwar menuntut perintah injunksi terhadap responden pertama hingga kelapan dan melarang mereka mewakili pendakwa raya mengendalikan permohonan itu atau prosiding lain sehingga permohonan berkenaan selesai.Anwar mengemukakan permohonan itu dengan alasan wujudnya berat seberat, konflik kepentingan dan salah laku pendakwaan oleh responden pertama hingga ketujuh.

Dakwanya lagi, pasukan pendakwaan tersebut juga mendapat arahan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pertuduhan terhadapnya dibuat dengan niat jahat (mala fide) selain ia adalah kesinambungan daripada kes yang dihadapinya pada tahun 1998.

Anwar, 62, didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan kepadanya dokumen dan barangan kecuali sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum perbicaraan penuh bermula.
Permohonan itu kini di peringkat rayuan oleh pendakwa raya.

Bagi permohonan kedua yang difailkan pada 17 Jun lalu, Anwar memohon pertuduhan liwat itu dibatalkan kerana mendakwa tuduhan tersebut adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.Permohonan itu akan disebut bersama perbicaraan kes liwat di hadapan Hakim Mohamad Zabidin pada 2 September ini.

Pada 4 Ogos lalu, Anwar memfailkan pula permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam kes liwat itu.Permohonan itu dijadualkan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Lau Bee Lan pada 18 September ini.

KOMEN : JADI DAH 4 PERMOHONAN BRO ANWAR INI UNTUK DENGAN SEGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN SEBUTAN KES LIWATNYA......ANWAR ANWAR.....ALLAH SENTIASA MELIHAT PERANCANGAN ANDA....ANDA BOLEH MERANCANG TAPI ALLAH JUGA YANG AKAN MENENTUKAN....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP