Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Saturday, August 8, 2009

DAP SELANGOR : HUKUM HASSAN ALI

Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, tindakan Dr. Hasan dalam kes itu dilihat “tidak sesuai serta tidak adil”, dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

“Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya,” kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP memiliki hubungan yang baik dengan Pas di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.

Pua berkata, DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.

Minggu lepas, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Ekoran tindakan itu, Dr. Hasan Mohamed mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu.


KOMEN : KITA SAMA-SAMA TENGOK APA JADI KEPADA HASSAN ALI SEBAB RUPANYA RAMAI JUGA PUAK DALAMAN PAS YANG TAK SOKONG HASSAN ALI....PENING AKU MIKIRKAN HAL NI.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  August 8, 2009 at 1:17 AM  

helah pilihanraya DAP & PAS,

kalau bn termakan

depa akan menang kat penang

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP